Khamis, 30 April 2009
That's Me Actaully :)
Oxen are tolerant individuals who believe that the road to success involves hard work and scrupulous behavior; they don’t believe in taking shortcuts. They characterize those who don’t work hard as lazy individuals not worthy of respect.
Oxen are capable of trusting others and will listen to their opinions with an open mind. However, Oxen prefer making decisions that are based on their own research. Oxen favor strong, life-long alliances to casual acquaintances.
Home is where Oxen go to seek comfort, occasionally watching television or reading. They prefer the rural outdoors and spend the majority of their “home” time working in the garden or caring for the yard.
Oxen prefer work that is routine. They take a methodological approach to their tasks and excel in jobs that are specialized. Oxen possess a keen eye for detail and an admirable work ethic. They are more productive when allowed to work alone. Good career choices for oxen include: interior designer, painter, carpenter, quarry worker, archeologist, horticulturist, mechanic, engineer, draftsman, banker, broker, real estate agent and army officer.
Oxen aren’t very sociable and rarely participate in group activities. They abhor small talk and won’t waste their time flirting. They will search long and hard for the perfect partner as change makes them uncomfortable. Whether due to an ox’s tendency to be overbearing or tendency to place blame on others, relationships with Oxen don’t always work out. When Oxen realize that partnerships involve two people and two points of view, satisfying matches are possible.
Oxen are compatible with a Rat and Rooster and incompatible with a Tiger and Horse
Jumaat, 10 April 2009
Perniagaan Alaf ke 21
Saya bukan promote CNI ok, cuma presentation video tu yang agak menarik! Untuk melihat apakah perniagaan yang baik untuk anda lakukan samaada online ataupun offline utk abad ke 21 ini...selamat menonton!
Sabtu, 17 Januari 2009
Buat Duit Dari Survey Berbayar
Anda mungkin fikir kebanyakan syarikat yang membuat survey (tinjauan) di internet adalah penipu/scam. Pendapat anda memang benar tetapi jangan takut untuk mendekati program demikian kerana memang ada syarikat yang benar-benar membayar ahli-ahli mereka. Mereka yang membayar tepat tempohnya sebaik saja anda membuat survey yang diminta oleh mereka.
Menyertai syarikat survey yang sah, membolehkan anda mendapat peluang untuk menyertai survey melalui telefon bersama kumpulan dari negara luar, ada juga dilakukan secara online dan offline dan mendapat contoh produk baru sebagai tukaran survey/pendapat dari anda.
Selalunya anda boleh mendapat US$5 - US$150 dalam satu survey yang mengambil antara 10 - 30 minit masa anda.
Sebelum anda dapat menyertai program tersebut, anda dikehendaki untuk membuat bayaran sebanyak US$30 - US$40 kepada syarikat yang memperkenalkan anda kepada syarikat-syarikat survey yang sah.
Buat Duit Dari Survey Berbayar oleh www.empayarcyber.net
Buat Duit Dari Blog
Adakah anda seorang yang suka menulis? Jika begitu, menulis blog adalah satu model perniagaan yang amat menguntungkan untuk anda!
Kunci kejayaan untuk model ini adalah, blog yang ditulis mesti mempunyai maklumat yang berkualiti, menepati kehendak pembaca. Blog itu juga perlu memiliki ciri-ciri menjana wang untuk anda seperti Google Adsense serta beberapa produk affiliate yang berkaitan dengan topik blog anda.
Kalau anda perhati blog-blog yang sukses, punca kejayaan mereka adalah 100% menggunakan kandungan penulisan yang berkualiti dan yang sentiasa dikemas kini. Dengan cara ini, blog tersebut akan mendapat kedudukan yang tinggi dalam index enjin pencarian seperti Google kerana kandungan blog yang relevan serta berkualiti.
Kebaikan menulis blog adalah,
· anda boleh mendapat trafik percuma dari Google
· apabila anda mendapat banyak trafik dari Google, adalah mudah untuk menjana wang dari blog tidak kira dari Adsense atau penjualan produk affiliate anda
· iklan Adsense anda akan menjadi lebih relevan dan menyumbang kepada banyak klik untuk anda, banyak klik bermaksud semakin bertambahlah wang Adsense anda (*iklan Adsense akan keluar mengikut kandungan blog anda, semakin relevan iklan dalam blog anda adalah semakin baik)
Jenis Blog Yang Boleh Membawa Untung
Anda boleh memulakan blog dengan apa-apa saja topik yang anda mahu. Tetapi sebaik-baiknya anda pilihlah pasaran skop kecil (niche) yang mempunyai produk affiliate yang berkaitan dengan topik blog ataupun iklan Adsense yang memberi pendapatan klik yang tinggi.
Sekarang ini, blog yang popular menjadi bahan bacaan pengguna internet adalah yang berkaitan dengan permasaran internet, alatan atau penemuan teknologi terbaru dan juga politik. Blog yang berkaitan dengan musik dan seni juga menjadi tarikan ramai pengguna internet.
Kalau anda perhatikan blog sebegini, mereka selalunya akan menyalurkan maklumat berita, artikel panduan, review dan juga dalam bentuk pendapat sendiri. Mari kita lihat dengan lebih dekat lagi jenis-jenis blog yang boleh membawa keuntungan kepada anda...
Blog Mengulas Tentang Produk
Blog seperti www.gizmodo.com dan www.thegadgetblog.com adalah contoh blog yang sukses. Penulisan mereka hanyalah tertumpu kepada ulasan produk.
Blog seperti ini membuat ulasan dan berita tentang produk-produk yang terbaru yang ada di pasaran. Mereka menggunakan iklan Adsense dan juga beberapa produk affiliate sebagai sumber pendapatan.
Jika anda ingin membuat blog sebegini, saya mencadangkan supaya anda fokus terhadap topik anda. Contohnya blog yang hanya berbincang tentang kamera digital terbaru, permain mp3 terbaru ataupun telefon bimbit terhebat. Untuk blog sebegini, pembaca lebih suka
Penulisan blog tidak terhad kepada produk fizikal sahaja, kerana anda juga boleh menulis tentang perisian komputer terbaru, produk maklumat (e-book) terbaru, muzik dan sebagainya. Membuat ulasan tentang produk sebegini adalah lebih murah dan lebih mudah untuk di akses daripada yang awal tadi.
Contohnya, jika anda membuat ulasan tentang produk perisian komputer, anda boleh memuat turun 'trail' untuk perisian tersebut secara percuma di laman web tertentu perisian komputer dan boleh terus membuat ulasan anda untuk perisian itu. Jika anda berminat untuk menulis blog tentang perisian komputer, sekali lagi cubalah untuk fokus ke skop yang kecil tetapi tetap menguntungkan contohnya seperti 'perisian penyunting gambar'
Blog Informatif
Blog yang padat dengan informasi lebih cenderung menggunakan pendekatan ala-ala berita dan juga artikel panduan. Kebanyakan blog berkaitan dengan pemasaran internet selalunya tergolong di dalam kategori ini.
Sekiranya anda ingin membuat blog seperti ini, anggaplah artikel sebagai produk utama anda.
Punca pendapatan anda melalui blog sebegini adalah agak 'sulit' kerana ianya lebih banyak ditempiasi oleh maklumat yang berkualiti. Maksud sulit di sini adalah, apabila anda memberi maklumat yang berkualiti anda bolehlah menyelitkan link affiliate yang berkaitan dengan topik yang dibincangkan ke dalam blog.
Contohnya, jika anda menulis artikel tentang membina laman web atau blog, anda boleh menyelitkan link affiliate anda di dalam artikel yang sama. Anda juga boleh mencuba untuk meletakkan punca pendapatan yang lain di dalam blog anda, seperti Adsense, iklan affiliate dan lain-lain.
Sekarang anda telah menyiapkan satu blog yang mempunyai maklumat yang dikehendaki ramai pengguna internet, tentu sahaja banyak yang ingin membacanya. Untuk memantapkan lagi kunjungan ke blog anda,
· Sindiket kandungan blog anda. Sekarang banyak perisian dan juga servis web yang dapat membantu anda sindiket artikel kandungan blog anda secara automatik..
· Kumpul pelanggan. Buat senarai opt-in (nama) supaya pembaca dapat melanggan blog anda sekiranya anda kandungan atau artikel baru yang diterbitkan.
· Kerjasama link.
· Menganjurkan pertandingan dan promosi. Dengan cara ini, ada akan dapat menyebarkan tentang blog anda dengan cepat sekali. Fikirkan idea yang kreatif untuk menggunakan kaedah ini.
Blog Affiliate Automatik
Cara ini adalah jalan pintas bagi mereka yang malas nak menulis dan membuat kandungan blog. Ini kerana, sekarang ada banyak perisian yang boleh menulis ataupun mencari artikel untuk anda menggunakan kata kunci (keyword) yang anda kehendaki. Selepas kandungan blog anda siap, anda bolehlah meletakkan iklan Adsense atau produk affiliate yang berkaitan.
Cara begini tidak perlu memerah otak bagi membuat kandungan blog, dan apa yang perlu anda fokus adalah membawa seberapa banyak trafik ke blog anda.
Sungguh pun begitu, saya tidak menggalakkan jenis blog sebegini kerana enjin pencarian seperti Google mungkin akan mendefinisikan blog anda sebagai spam dan kemungkinan boleh disekat dai memasuki senarai index pencarian mereka.
Buat Duit Dari Blog oleh www.empayarcyber.net
Buat Duit Melalui Freelance
Mungkin ada dikalangan anda tidak tahu apa itu freelance. Freelance bermaksud bekerja secara bebas, atau bekerja sendiri tanpa terikat dengan mana-mana syarikat atau kontrak kerja.
Jadi bagaimana freelance boleh membuat duit untuk anda? Fikirkan ini: Bagaimanakah kiranya anda yang menjadi PRODUK?
Apa yang saya maksudkan di sini adalah anda 'menjual' diri anda dengan menggunakan kemahiran yang dimiliki. Jika anda mahir dalam mana-mana kemahiran seperti berikut...
· Pereka grafik
· Pereka laman web
· Penulisan perniagaan
· Penulisan
· Atur cara perisian komputer
· Membuat kajian
· Menaip
· Menulis artikel
· Menyunting
...jadi anda boleh membuat perniagaan freelance anda sendiri!
Apa yang perlu anda lakukan ialah mempromosikan diri anda dan servis yang boleh anda lakukan. Ini kerana pasaran sekarang sedang mencari-cari orang yang berkebolehan seperti anda.
Saya berkata demikian kerana sekarang ada banyak peniaga-peniaga internet mencari sumber luar iaitu orang-orang seperti anda untuk bekerjasama dalam menghasilkan projek mereka. Mereka memerlukan anda untuk membuat produk baru untuk mereka dan juga mempercepatkan kerja-kerja yang ingin dilengkapkan. Kebanyakan yang menggunakan servis anda tidak ada masa untuk melakukannya, oleh sebab itulah servis anda diperlukan.
Sama seperti anda menggunakan laman web tersebut di atas untuk mencari freelance untuk menyiapkan projek anda, ianya boleh digunakan untuk mencari projek yang anda boleh buat. Jika anda memperoleh pelanggan tetap, anda boleh mengharap pendapatan jangka masa yang panjang dari
Memasarkan Diri Serta Servis Anda.
Sekiranya anda masih baru dalam bidang ini, apa yang perlu difokuskan adalah mendapatkan senarai pelanggan. Untuk ini apa yang perlu anda lakukan adalah mempromosikan diri serta servis anda di laman web yang telah saya nyatakan awal tadi atau menyertai mana-mana forum, menggunakan iklan atau banner online dan juga servis pengiklanan Google Adwords. Dalam hal ini anda perlulah kreatif untuk menjana trafik yang mencari servis seperti yang anda tawarkan.
Tips Tambahan Menjadi Freelance Di Internet
Sememangnya perniagaan sebegini memang menguntungkan jika anda dapat membuat perancangan yang strategik. Tetapi selain itu juga, amat penting untuk anda menyiapkan projek-projek dalam masa yang telah ditetapkan kerana perniagaan freelance amat peka terhadap disiplin masa.
Jadi sebelum anda ingin memulakan perniagaan ini, sebaik-baiknya anda membuat beberapa kajian tentang pasaran untuk servis anda sendiri. Ini termasuklah harga upah untuk sesuatu servis serta permintaannya.
Selain itu, sebelum anda hendak memulakan projek dengan mana-mana pelanggan, pastikan anda tahu latar belakangnya, dan untuk transaksi pembayaran dinasihatkan supaya anda menggunakan servis escrow (http://www.escrow.com/) . Dengan kaedah pembayaran sebegini anda, akan cuma akan menerima pembayaran setelah projek pelanggan anda dihantar dengan sempurna. Tujuannya adalah untuk menjaga hak kedua-dua pihak daripada sebarang penipuan.
Buat Duit Melalui Freelance oleh www.empayarcyber.net
Buat Duit Dengan Mengubah Pengetahuan Anda Menjadi Tutorial Video
Jika anda pakar dalam sesuatu bidang, anda boleh membuat dan menjual produk yang tinggi nilai dan harganya!
Ini kerana sekarang ada banyak permintaan dalam pasaran skop kecil (niche) jika anda tahu mencarinya, seperti dalam kategori :
· Kesihatan badan dan Senaman
· Pembelajaran Komputer
· Pemasaran Internet
· Kesenian dan Muzik
· Sukan, Hobi dan Rekreasi
· Bagaimana untuk membuat website
· Bagaimana untuk bermain gitar
· Bagaimana untuk membuat grafik menggunakan Adobe Photoshop
· Bagaimana untuk menguruskan/membesarkan badan
· Bagaimana untuk bersilat atau karate
Memang benar setiap topik yang dinyatakan di atas boleh diajar dengan e-book, tetapi tidakkah anda fikir jika pembelajaran dalam bentuk video lebih menarik dan berkesan.
Yang mana anda pilih? Membelek buku yang anda baca dan mencubanya atau hanya mendengar arahan sambil melihat pergerakan dalam bentuk visual? Secara logiknya, manusia lebih cenderung jika kesemua pancaindera digunakan sewaktu pembelajaran.
Untuk membuat tutorial video ada beberapa langkah yang perlu anda buat:
Cara Membuat Tutorial:
Pertama, anda boleh menggunakan perisian komputer seperti Camtasia. Dengan perisian ini anda boleh merakam aktiviti yang dilakukan dalam komputer anda. Cara ini adalah amat sesuai jika anda membuat tutorial yang ada berkait dengan perisian komputer yang lain seperti Photoshop, Macromedia, MS Frontpage dan lain-lain.
Kedua, anda boleh mengupah pakar freelance yang boleh dijumpai secara online. Laman web seperti www.elance.com dan www.rentacoder.com menyediakan banyak freelance yang ingin bekerja dengan anda dan menyiapkan apa-apa saja projek untuk anda.
Ketiga, ada boleh mengupah videografi professional yang terdapat di kawasan anda sendiri. Dengan mengupah professional tempatan sebegini anda boleh mengharapkan sesuatu yang lebih berkualiti dari segi persembahan video anda. Mereka juga boleh menyunting video anda dengan menambahkan muzik , skrin splash dan banyak lagi.
Cara Membuat Pakej Produk Video Anda:
Selepas itu baru anda fikirkan cara untuk membuat pakej bagi produk video anda. Membuat pakej untuk tutorial video adalah lebih mudah dari membuat tutorial video itu sendiri. Anda boleh gunakan mana-mana kaedah berikut untuk mempakejkan dan menghantar produk video anda:
Pertama, anda boleh menghantar produk tutorial anda melalui email ataupun laman web. Kaedah ini adalah amat pantas bagi pembeli anda kerana mereka dapat memuat turun terus video anda setelah membuat pembayaran. Jika video anda bersaiz kecil maka cara ini amat sesuai.
Kedua, menyalin tutorial video anda ke dalam DVD. Membuat pakej sebegini adalah lebih baik dan meningkatkan lagi nilai produk tutorial video anda.
Cara Menjual Produk Tutorial Anda:
Sekarang di mana produk tersebut hendak dijual? Jawapannya: Di mana-mana sahaja! Setelah anda mempunyai produk yang lengkap anda boleh menjualnya di pelbagai saluran seperti.
· Anda boleh membuat laman web jualan sendiri
· Buat laman web keahlian
· eBay / Lelong
· Iklankan secara offline seperti majalah atau
· Menyelitkan dengan produk lain
· Membuat progam affiliate anda sendiri
Kalau anda jual mengikut cara yang kedua iaitu membuat laman web keahlian, anda dapat membuatnya dengan konsep bayaran bulanan. Dengan cara ini anda dapat menambah video anda dari masa ke semasa selain mendapat pendapatan bulanan untuk jangka masa yang panjang!
Buat Duit Dengan Mengubah Pengetahuan Anda Menjadi Tutorial Video oleh http://www.empayarcyber.net
Buat Duit Dari Hak Penjualan dan Penjenamaan Semua (Resell and Private Label Rights)
Hak Penjenamaan Semula (Private Label Rights)
Dengan cara ini anda akan dapat memiliki produk anda sendiri dengan membeli sesuatu produk yang ada Hak Penjenamaan Semula. Jika anda sudah miliki hak tersebut anda dibenarkan untuk membuat nama baru bagi produk yang anda beli tadi dan juga meletakkan nama anda sebagai pemilik produk. Secara ringkasnya, anda boleh membuat jenama anda sendiri, membuat jualan dan mengaut keuntungan 100% darinya!.
Tetapi model ini tidak sama dengan pemasaran affiliate kerana anda perlulah membuat hosting bagi laman web jualan anda (laman web jualan selalunya disertakan bersama produk yang anda beli), membuat pemprosesan pembayaran anda sendiri serta menghantar sendiri produk tersebut. Berbeza sekali dengan pemasaran
Sekarang ada banyak produk yang boleh anda memperoleh Hak Penjenamaan Semula, kebiasaannya adalah e-book dan juga perisian komputer, yang seperti auto responder, barangan fizikal seperti vitamin, gula-gula dan banyak lagi.
Hak Penjualan Semula (Resell Rights)
Cara ini pula berbeza sekali dengan yang di atas kerana dengan Hak Penjualan Semula anda tidak dibenarkan untuk mengubahsuai produk seperti jenamanya dan nama pemiliknya. Tetapi cara ini membolehkan anda untuk menjual dan menyimpan 100% keuntungan. Sama seperti Hak Penjenamaan Semula, tetapi teknik ini bukan pemasaran affiliate.
Untuk mendapat keuntungan dari kedua-dua Hak di atas, anda terlebih dahulu perlu mencari niche (pasaran skop kecil) yang sesuai untuk anda. Pastikan niche tersebut mempunyai pembeli yang berhasrat untuk mencari produk untuk menyelesaikan masalah mereka seperti dalam kategori memasak, hubungan cinta, kewangan, kereta dan lain-lain. Selepas itu barulah anda mencari produk yang mempunyai Hak-Hak seperti yang telah dibincangkan di atas dan seterusnya membuat tawaran anda kepada bakal pembeli.
Jika anda ingin memulakan perniagaan seperti ini, saya tidak menggalakkan anda memiliki produk yang menawarkan hanya satu Hak Penjualan atau Hak Penjenamaan. Sebaik-baiknya carilah laman web yang menawarkan Program Keahlian yang memberi anda akses kepada ratusan produk digital yang mempunyai Hak Penjualan dan Penjenamaan Semula.