Tidak kira apa pun perniagaan yang anda lakukan melalui internet, 2 faktor yang bakal saya bentangkan disini adalah merupakan nadi utama bagi menentukan hala tuju perniagaan internet anda. Jika anda tidak mengaplikasikan 2 faktor ini dalam perniagaa internet anda dengan baik, kegagalan anda dalam bidang ini mungkin akan datang dengan lebih cepat dari yang anda sangkakan.
Dalam arena perniagaan internet dan juga pemasaran internet, terdapat banyak faktor yang mendorong sesebuah perniagaan itu untuk berjaya. Tetapi malangnya oleh kerana terdapat maklumat yang terlampau banyak yang kita boleh dapati melalui intenet, sering kali kita akan hilang kawalan kerana 'dibanjiri' dengan bermacam-macam ilmu dari internet. Ini termasulah seperti pemasaran melalui emel, laman sosial, teknologi web 2.0 , pengiklanan ppc dan sebagainya.
Semua itu adalah amat penting bagi menambahkan lagi punca untuk kejayaan perniagaan internet anda, tetapi hari ini saya ingin mengatakan kepada anda untuk berhenti mencari semua bahan seperti itu, dan lebih fokus dengan apa yang saya ingin kongsikan kepada anda disini.
Untuk pengetahuan anda, kejayaan sesebuah perniagaan internet hanya memerlukan 2 faktor yang teramat penting ini, iaitu : Trafik dan juga kadar tukaran pelanggan (conversion rate)
Apakah trafik dan conversion rate?
Seperti yang anda tahu, trafik adalah pelawat yang datang ke laman web perniagaan internet anda. Mereka ini adalah sama seperti seorang pengunjung yang datang ke kedai runcit di kawasan anda. Mereka juga boleh dikategorikan sebagai prospek. Conversion Rate pula adalah kadar tukaran dari seorang prospek anda tadi menjadi seorang pelanggan anda.
Jika anda fikirkan dengan teliti, apalah ertinya sebuah laman web jika ianya tidak dikunjung oleh sesiapa pun, inilah sebabnya trafik adalah amat penting bagi memberi jualan dan keuntungan kepada perniagaan anda. Oleh itu, kemahiran untuk menjana trafik tanpa had adalah amat kritikal bagi perniagaan anda. Tidak kiralah bagaimana anda ingin menjana trafik tersebut, samaada secara iklan banner, iklan menggunakan google adwords, melalui forum, melalui laman sosial ataupun secara offline, semuanya dikira supaya laman web perniagaan anda dapat dilihat oleh seberapa banyak prospek yang akan membeli produk atau servis anda.
Oleh yang demikian, mulai sekarang anda seharusnya lebih fokus untuk menjana trafik yang fokus untuk membeli produk anda - cari dimana pasaran sasaran anda berada secara online, samaada diforum, blog atau laman sosial. Dan pastikan anda terus menerus dapat menjana trafik fokus (targeted traffic) ini dengan konsisten tanpa henti.
Baiklah, sekarang anda sudah tahu bertapa pentingnya trafik pelawat. Sekiranya banyak trafik yang dapat melihat tawaran melalui laman web perniagaan anda, semakin besarlah peluang untuk anda menjana jualan serta keuntungan - memang tidak dinafikan banyak yang hanya tahu untuk membina laman web perniagaan tetapi amat sedikit yang tahu apakah yang perlu mereka lakukan dengan laman web mereka itu.
Faktor kejayaan perniagaan internet anda yang seterusnya ialah, conversion rate ataupun kadar tukaran pelanggan. Memiliki jumlah trafik yang besar setiap hari adalah amat baik tetapi ianya masih belum mencukupi. Hal ini kerana, jika laman web perniagaan anda tidak memberi tawaran yang cukup menarik kepada prospek anda, keinginan mereka untuk membeli dari anda adalah amat jarang sekali.
Biar saya memberi anda contoh apakah itu kadar tukaran pelanggan (conversion rate). Katakan anda memiliki sebuah laman web yang menjual video dan lagu klasik, dan pada setiap bulan anda mampu menjana 10000 orang pelawat secara konsisten, dan dari 10000 orang trafik tadi ada 100 orang yang membeli video serta lagu klasik anda dengan membayarnya menggunakan kad kredit atau paypal. Disini berapakah kadar tukaran pelanggan anda? Jika anda kira, kadar tukaran kepada pelanggan anda adalah 1%.
Bayangkan jika purata produk anda dijual dengan harga Rm30, ini bermakna anda sudah menjana RM3000 untuk bulan tersebut dengan hanya memiliki 1% kadar tukaran. 1% adalah kadar yang teramat rendah tetapi itu adalah sukatan konservatif yang selalu digunakan, secara purata laman web yang baik dapat memberi kadar dari 5% - 10%, dan jika tawaran yang anda berikan kepada prospek memang tidak dapat dielakkan boleh mencecah 30% - 70% kadar tukaran. Bayangkan keuntungan yang boleh anda jana secara online jika anda dapat menukarkan prospek anda mengikut kadar tersebut.
Contoh Strategi Meningkat Conversion Rate Yang Boleh Anda "Spy & Pakai":
Jadi apa yang dikatakan disini adalah, conversion rate adalah amat penting bagi mengajak prospek yang melihat tawaran anda untuk mengambil kad kredit mereka dan berbelanja dengan anda!
Jadi, itu saja yang saya ingin kongsikan kali ini, apa yang pasti adalah semakin cepat anda dapat menguasi kedua-dua kemahiran ini, semakin cepatlah anda dapat mencipta gaya hidup yang hebat melalui internet ini. Kerana dengan 2 faktor ini, anda dapat mengharap untuk menjana perdapatan yang akan membayar bil anda serta membeli anda makanan dan segala yang anda perlukan.
Akhir sekali saya ingin sarankan disini, jika sebelum ini anda selalu berlegar-legar dan bertembung dengan pelbagi maklumat dari internet ini, sekarang saya harap anda lebih fokus dalam ekspedisi anda itu dalam 2 faktor yang saya nyatakan tadi. Sekian.