Isnin, 21 Julai 2008

Buat duit dari rumah : Bagaimana & Kenapa?

Jika anda ingin mengetahui cara untuk buat duit dari rumah, maka hari ini adalah hari yang bertuah buat anda.

Ini kerana hari ini saya ingin membincangkan beberapa perkara dengan anda tentang bagaimana dan kenapa anda perlu buat duit dari rumah.

Kebanyakan daripada kita hari ini mencari pelbagai sumber pendapatan tambahan, tidak kira dengan bekerja 2 pekerjaan, bekerja sendiri atau berbisnes secara kecil-kecilan. Ini adalah lumrah pada zaman sekarang kerana kita tidak lagi dapat mengharap dari satu sumber pendapatan sahaja. Ini ditambahkan lagi dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu seperti harga barang naik seperti minyak, barangan dapur dan lain-lain lagi.

Sebelum saya pergi dengan lebih jauh lagi, saya ingin menerangkan kepada anda bagaimana caranya untuk buat duit dari rumah dan kenapa anda perlu memilih untuk buat duit dari rumah sebagai cara untuk anda menambah sumber pendapatan anda.



Tahukah anda sebelum popularnya internet, sistem buat duit dari rumah dengan gaya pos adalah satu model perniagaan yang amat popular dari dulu lagi hinggalah sekarang. Apa yang anda perlu lakukan adalah mempromosikan produk atau servis anda melalui surat khabar dan sekiranya menerima tempahan , produk tersebut dihantar menggunakan Pos terus kepada pelanggan anda.

Sekarang, dengan kemunculan internet, segala-galanya berubah dengan lebih pantas lagi. Dengan menggunakan prinsip bisnes yang sama, usahawan yang membuat duit dari rumah gaya pos sekarang menjadi lebih produktif dengan pendedahan tanpa batas yang ditawarkan oleh kuasa internet!

Jadi kenapa anda perlu memilih internet sebagai platform untuk anda buat duit dari rumah?

Internet menawarkan pelbagai peluang dengan kita dengan segala pendedahan pelbagai maklumat hanya dengan satu klik sahaja. Selain itu juga, internet mampu memberi automasi kepada perniagaan anda dengan wujudnya aplikasi-aplikasi online yang amat membantu. Sebagai contoh, Google Adwords adalah satu daripada aplikasi online yang disediakan oleh Google. Google Adword adalah aplikasi online yang amat popular dan efektif sekali untuk tujuaan pemasaran dan promosi sesebuah perniagaan. Aplikasi lain contohnya, email responder dan perkhidmatan pelanggan juga sekarang boleh diautomasikan dengan menggunakan internet.

Jadi jika kebanyakan operasi perniagaan anda dapat dilakukan secara automatik tanpa perlu penglibatan anda 100%, ini sudah tentu dapat memberi masa yang lebih untuk anda.


Sumber: Buat duit dari rumah : Bagaimana & Kenapa?

Khamis, 17 Julai 2008

Berita Baik Untuk Pencari Pasaran Perniagaan Internet

Hai, apa kabar anda hari ini, saya harap anda gembira sentiasa tidak kira apa pun yang anda lakukan.

Untuk topik hari ini, saya ingin berkongsi dengan anda satu aplikasi yang mungkin kebanyakan anda sudah tahu. Aplikasi online ini telah banyak membantu ramai perniaga internet termasuk saya sendiri, untuk mengetahui keadaan ataupun trend pasaran yang terdapat dalam dunia internet ini.

Aplikasi yang ingin saya perkenalkan adalah digelar Google Keyword Tools atau dalam bahasa melayunya ialah Perisian Katakunci Google. Fungi utama perisian ini adalah mengenal pasti jumlah carian yang dilakukan oleh pengguna engin pencarian Google dalam masa satu bulan. Selain itu juga, perisian ini membolehkan seseorang itu mengkaji purata harga kos per klik untuk satu kata kunci, ini adalah amat berguna sebelum anda ingin memulakan kempen pengiklanan anda melalui Google Adwords. Ada banyak lagi kegunaan Google Keyword Tool ini, tetapi yang 2 fungi yang saya nyatakan tadi adalah yang paling berguna fungsinya.

Berita Baik?

Sebelum ini, Google Keyword Tool hanya mengesyorkan graf untuk menunjukkan jumlah purata carian dalam masa sebulan. Graf seperti yang ditunjukkan sebelum ini tidak mendedahkan angka sebenar carian seperti yang terdapat pada servis percuma yang pernah ditawarkan oleh Yahoo Overture Suggestion Tool sebelum ini. Dengan ini, pengguna Google Keyword Tool agak kurang pasti dan keliru dengan jumlah sebenar carian.

Berikut adalah gambar rajah Google Keyword Tool yang lama:



Berbeza dengan sekarang dimana Google telah secara senyap-senyap merasmikan servis baru Google Keyword Toolnya.

Bagi pencari pasaran perniagaan internet, sudah saya katakan, ini adalah sesuatu yang amat bagus untuk anda. Ini kerana anda bukan saja tahu jumlah purata pencarian kata kunci malah anda didedahkan dengan angka yang sebenar jumlah pencarian tersebut dalam masa sebulan.

Ini seolah-olah memberitahu anda, samaada pasaran ini bagus atau tidak untuk diceburi. Selain itu juga, anda boleh membandingkannya dengan harga kos per klik untuk satu kata kunci. Amat bagus bukan?

Lihat pasaran untuk pengguna yang mencari "perniagaan" menggunakan Google. Saya telah set untuk Google memberi saya jumlah pencarian dalam Malaysia sahaja. (Sebelum itu, Google juga boleh memberi jumlah pencarian dari sesebuah negara contohnya Singapura, Indonesia, Amerika atau dari seluruh dunia, itu anda yang pilih)



Harap info kali ini berguna untuk anda. Jadi sekarang bermain-mainlah dengan fungi baru Google Keyword Tool untuk mencari pasaran yang mungkin tersembunyi.

Klik sini untuk menggunakan Google Keyword Tool .

Rabu, 16 Julai 2008

Pengguna Internet Yang Extreme!

Untuk kita santai2 hari ini, mari saya memperkenalkan anda kepada Cody... Cody adalah pengguna internet dan komputer yang seperti anda juga, tetapi cuba bayangkan apa yang anda lakukan jikalau tempat bekerja anda seperti dia:



Mungkin ada di antara anda yang berfikir "Apa lah difikirkan oleh Cody ini ya?"

Selamat Menyambut Hari Yang Gembira!


Tahniah Kepada Peminat Kuasa Internet

Fuhh, hampir 3 bulan tak update blog saya ni. Dalam 3 bulan tersebut, ada banyak perkara yang telah dilaksanakan dan juga perkembangan dari segi pendedahan bidang baru ke dalam fungi internet.

Walaupun begitu, saya harap kamu telah mendapat sesuatu yang amat bermanfaat menerusi ebook dan artikel yang telah saya sediakan semenjak Januari lagi. Dalam 3 bulan yang lepas, ebook yang saya lancarkan pada bulan March telah mendapat perhatian komuniti yang cenderung untuk mempelajari ilmu yang baru. Ini kerana melalui ebook Kod Rahsia Jutawan, para pembaca dapat memikirkan bahawa tidak mengira perniagaan apa pun yang lakukan, internet mempunyai kuasa untuk memajukannya ke tahap yang lebih menyerlah lagi.

Saya amat gembira dengan penerimaan ebook pertama saya itu dan saya telah melihat beberapa kebaikan daripadanya. Di Wang Cyber contohnya, akses secara percuma untuk muat turun ebook Kod Rahsia Jutawan diberikan khas kepada para pengguna forum komuniti perniagaan internet seperti Wang Cyber. Di situ Kod Rahsia Jutawan telah mendapat tempat yang kedua ebook yang paling banyak di muat turun yang merupakan ebook yang kedua popluar di arena usahawan internet malaysia.



Untuk secara keseluruhnya, saya telah mendapat 528 orang yang memuat turun ebook tersebut dari laman web rasmi Kod Rahsia Jutawan tidak termasuk dari laman-laman web seperti WangCyber.com

Ada beberapa lagi perkara yang saya ingin kongsikan disini untuk ada jadi teruskan bersama saya lagi selepas ini, :)


Selasa, 15 April 2008

Jana Wang Besar Dari Internet

Ketahui 7 model perniagaan internet yang terbukti mampu menjana wang luar biasa untuk anda!

Di dalam topik ini saya akan memberi anda gambaran yang ringkas tentang perniagaan internet yang sedang hangat sekarang. Saya akan menceritakan sedikit tentang model-model perniagaan internet di mana kesemuanya 100% terbukti boleh membawa wang besar untuk anda dan sesiapa sahaja yang ingin memulakan perniagaan yang hanya menggunakan komputer dan sambungan internet ini.

Setiap model-model perniagaan ini telah pun lama dibangunkan oleh beribu peniaga internet dari serata dunia dan mereka telah berjaya menjana pendapatan sampingan dan juga pendapatan tetap untuk diri mereka. Jadi semua ini terserah kepada anda untuk memulakan perniagaan yang mana satu, kerana setiap model boleh membawa keuntungan untuk anda. Syaratnya anda perlulah berusaha dengan tekun sebelum anda boleh menikmati hasilnya untuk jangka masa yang panjang.

Tiada kesenangan yang datang bergolek tanpa berusaha untuk mendapatkannya. Untuk ini saya selalu berpegang kepada satu falsafah yang amat mudah

"Sukses bermaksud melengkapkan sesuatu dengan sempurna!"

Mungkin anda lihat kenyataan di atas nampak terlalu mudah, tetapi jika anda fikirkan secara mendalam ianya boleh membawa impak yang amat besar untuk anda. Ianya boleh membawa anda maju kehadapan jika anda menerimanya, saya sudah mengalami sendiri kesan dari pada falsafah di atas, dan kini giliran anda pula...

Sekarang mari kita melihat pelbagai idea perniagaan online...

Model Perniagaan Internet # 1 : Permasaran Affiliate

Pada pendapat saya, gaya permasaran affiliate adalah model perniagaan yang tetap menjadi pilihan nombor 1 . Dengan konsepnya yang agak ringkas ianya dapat memberi inspirasi dan semangat kepada sesiapa sahaja yang mahu berjinak dalam perniagaan alam cyber ini.

Kenapa saya berkata begini? Amat mudah sekali, kerana permasaran affiliate...

1. Tidak memerlukan memiliki laman web sendiri

2. Tidak memerlukan anda mempunyai produk sendiri

3. Keuntungan yang berlipat kali ganda menggunakan modal yang rendah

4. Tiada perbelanjaan inventori

5. Tiada masalah dengan pemproses pembayaran

6. Tiada masalah jika ada pembayaran balik dan juga komplen pelanggan

7. Pemasaran affiliate tidak menghadkan anda dengan satu perniagaan sahaja tetapi seberapa banyak peniagaan internet dengan menggunakan teknik permasaran yang sama

Jika anda pernah berfikir untuk memiliki produk sendiri tetapi tidak punyai cukup sumber. Atau jika anda tertarik dengan produk orang lain, dan mungkin berkata 'kalaulah itu produk saya, tentu saya dapat menjual serta mendapat keuntungan darinya'. Jika anda pernah berfikiran begitu, jadi permasaran affiliate ada jawapannya.

Ini kerana sebagai agen affiliate kepada syarikat tertentu anda boleh menjual mana-mana produk yang anda suka dan mendapat potongan keuntungan daripada penjualan yang anda telah buat. Ini kerana apabila anda menjadi agen affiliate, anda seolah-olah mempunyai hak permilikian produk yang anda pasarkan itu.

Keindahan kaedah permasaran gaya affiliate ini adalah, anda boleh mendapat keuntungan tanpa berhadapan dengan banyak kerja yang rumit dan masalah yang lain.

Pemasaran affliate terbahagi kepada dua model iaitu

1) Pay Per Sale

Model ini adalah yang kebiasaannya dipilih oleh promoter produk affiliate. Dengan model ini peranan anda adalah menghantar seberapa banyak trafik ke laman web produk affiliate yang ingin anda pasarkan. Jika ada pembeli yang membeli produk dari anda, anda akan mendapat kredit untuk jualan tersebut dalam bentuk komisen. Beginilah anda mendapat keuntungan. Mudah bukan?

Dengan model ini, anda boleh membuat wang yang luar biasa banyak sekali dengan syarat anda tahu teknik-teknik yang berkesan untuk menggandakan jualan serta komisen anda!

Dalam hal ini anda jangan kuathir kerana saya akan menyelitkan banyak idea-idea serta teknik-teknik rahsia di blog ini nanti yang terbukti menjana trafik berkualiti serta komisen yang besar untuk anda! Jadi teruskan membaca...

2) Pay Per Lead

Untuk mendapat komisen dengan model ini anda hanya perlu merekomen pelawat anda untuk mendapat maklumat daripada syarikat, berbeza dengan pay-per-sale yang memerlukan pembeli membeli produk terlebih dahulu sebelum anda dapat mendapat komisen.

Contoh model ini:

· Menghantar trafik kepada syarikat kewangan supaya syarikat tersebut mendapat pelanggan yang berkualti yang inginkan maklumat seperti wang pinjaman atau perlaburan

· Menghantar prospek untuk mendapatkan maklumat serta sample dari syarikat perubatan dan kesihatan

· Menghantar prospek kepada produk-produk yang baru di pasaran

Model ini ada kelebihannya iaitu ia boleh membawa wang pantas untuk anda (dengan syarat anda masih menggunakan teknik yang berkesan untuk permasaran affiliate) . Tetapi untuk model ini, biasanya syarikat yang menganjurkan program seperti adalah untuk jangka masa yang pendek sahaja.

Kunci kejayaan untuk model ini adalah, anda perlu membuat tawaran yang menyerlah sebelum trafik yang anda hantar ingin mengambil maklumat daripada syarikat yang menawarkannya. Tidak seperti anda menjual produk affiliate, ada banyak material iklan yang boleh anda pakai untuk tujuaan promosi seperti laporan khas, artikel untuk emel dan lain-lain.

Itu saja untuk hari ini, saya harap anda dapat melihat gambaran apa yang selalu disebut iaitu affiliate marketing (permasaran affiliate). Seterusnya selepas ini saya akan lebih banyak memberi info tentang perniagaan online yang lain. Salam berjumpa lagi!







Selasa, 8 April 2008

7 petua tradisional buat duit, cari duit dari internet (Siri ke 7 - tamat)

Petua Buat Duit, Cari Duit Internet # 7

Jangan fikir anda menjalankan perniagaan online anda terus melupakan strategi yang masih berkesan ini. Cuba guna cara promosi secara offline yang sebenarnya senang untuk anda capai yang mampu membawa trafik yang super berkualiti untuk anda!

Tujuan anda menjalankan perniagaan online adalah untuk mendapat keuntungan dengan membawa seberapa banyak trafik yang berkualiti ke laman web perniagaan anda. Bukankah begitu?

Jadi untuk ini sebenarnya ada banyak cara yang boleh anda guna membawa trafik ke laman web anda. Oleh kerana anda menjalankan perniagaan online, memang kebiasaanya kita akan menggunakan cara online untuk tujuan promosi. Tetapi jangan anda lupa, menggunakan cara promosi offline juga adalah amat senang untuk anda membawa trafik yang amat berkualiti.

Fikirkan begini, jika anda menjual produk ebook anda secara online, sudah tentu ada banyak juga potensi pembeli di bandar tempat tinggal anda sekarang.

Jika anda mempromosi cara offline jangan lupa untuk memberitahu anda adalah dari bandar yang sama kerana ini meningkatkan lagi kredibiliti dan kepercayaan bakal pembeli terhadap anda dan seterusnya membawa trafik yang super berkualiti kepada anda.

Di bawah terdapat beberapa contoh cara untuk mempromosi secara offline. Pembelanjaan untuk promosi offline tidak perlulah yang mahal dari promosi online, kerana cara promosi offline ada yang murah dan memberi pulangan yang hebat jika digunakan dengan betul:

Risalah, Kemeja T, Kad Perniagaan, Flyer, Iklan suratkhabar, laman web tempatan, papaniklan awam (cth: perpustakaan, pusat membeli-belah), berpakat dengan perniagaan tempatan, penajaan iklan radio, penajaan untuk kebajikan,

Jadi bagaimana pendapat anda tentang petua-petua yang saya huraikan dari siri pertama lagi. Saya harap anda mendapat banyak pengajaran daripadanya kerana semua petua tersebut amat penting untuk kejayaan diri dan juga perniagaan anda, tidak kiralah perniagaan online atau offline.

Untuk Kejayaan Anda & Kita Semua!,

Mohamad Hafeez

7 petua tradisional buat duit, cari duit dari internet (Siri 5 - 6)

Petua Buat Duit, Cari Duit Internet #5

Penyebab No. 1 kegagalan selalunya berpunca daripada sifat PENANGGUHAN, walaupun begitu punca asal penangguhan bukanlah sikap malas tetapi lebih kepada sifat kepercayaan dan juga keyakinan pada diri.

Saya percaya seseorang akan melakukan sesuatu dengan bersungguh-sungguh jika mereka tahu hasil yang mereka akan dapat jika mereka melakukannya. Kebanyakan kita tidak dapat melakukan sesuatu itu dengan sempurna kerana kita takut untuk gagal.

Ini adalah satu masalah yang besar dan amat sukar untuk dihadapi tetapi tidak ada pilihan lain untuk berjaya kecuali merempuh cabaran tersebut. Anda hendaklah cuba untuk menangani segala fikiran yang negatif dan juga alasan yang menangguhkan kerja-kerja ke arah imipan anda. Untuk menghadapi ini, saya ada satu falsafah yang saya selalu pegang:

"Jika saya tidak melakukan perkara ini, saya tidak akan mendapat apa yang saya impikan dan saya akan menyesal oleh kerananya, tambahan lagi jika ada orang yang berjaya melakukan apa yang saya sepatutnya lakukan lebih awal lagi. Jika saya melakukannya, ada harapan serta peluang terbuka untuk saya berjaya dan yang paling penting saya tidak akan menyesal kerana saya telah melaksanakannya."

Lagipun apa yang anda rugi jika anda melakukannya? Adakah anda kerugian masa, tenaga atau wang ringgit? Berusaha untuk mencapai impian anda selama ini tidak akan mendatangkan apa-apa kerugian sebaliknya anda lebih beruntung sebenarnya.

Anda harus berkorban untuk berjaya. Sikap seperti inilah yang patut dimiliki oleh setiap orang yang mengelarkan diri mereka sebagai usahawan, tidak kira anda menjalankan perniagaan internet ataupun tidak. Teruskanlah usaha anda untuk mencapai impian yang anda inginkan, buat perancangan, buat kajian, dan sentiasa teruskan usaha sehingga berjaya.

Jika anda sudah mula melihat HASIL dari usaha yang anda tanamkan selama ini, anda mungkin akan ketawa dengan diri anda mengenang kembali sewaktu detik awal anda masih lagi berasa takut untuk gagal! Kerana anda sudah tahu, Takut Gagal Bermaksud Takut Untuk Berjaya!

Membina kejayaan selepas itu akan menjadi mudah untuk anda kerana anda sudah amat yakin dengan diri anda sendiri, dan anda berasa bangga dengan setiap usaha yang anda buat.

Secara keseluruhannya, apa yang perlu anda ingat ialah; untuk berjaya anda mesti berfikiran positif dan sentiasa berlangkah tanpa henti sehinggalah anda sampai ke 'destinasi impian' anda. Sekurang-kurangnya cubalah untuk membuat yang terbaik, percaya kepada diri kerana kejayaan bergantung sepenuhnya kepada MINDA anda!

Yakinlah apa-apa saja yang anda impikan sedang menunggu di hujung usaha anda itu, jadi teruskanlah melangkah! Tiada siapa yang dapat mengambilnya kecuali diri anda sendiri!

Petua Buat Duit, Cari Duit Internet #6

Ada dua perkataan penting yang mesti anda patuhi tidak kira dalam perniagaan atau hal peribadi anda, iaitu BELAJAR dan BERTINDAK.

Percaya atau tidak formula untuk anda membina kekayaan adalah begitu mudah sekali. Iaitu pertama, anda mesti TAHU bagaimana dan kedua, anda MESTI melakukannya. Sungguhpun begitu ringkas formula ini, banyak yang sukar mengikutinya.

Biar saya berterus-terang kepada anda, jika anda mempunyai ilmu yang terhebat sekali pun dalam alam ini, jika anda tidak menggunakannya ia tidak akan memberi apa-apa nilai pun untuk anda.

Tidak kira seberapa banyak pun buku yang anda baca, seminar yang anda hadiri, atau seberapa banyak pun orang yang anda kenal tetapi jika anda tidak mahu belajar dan menggunakan sumber-sumber ini dengan baik, anda tidak mungkin akan maju ke depan serta meningkatkan diri anda.

Contoh yang paling mudah; ini terjadi kepada banyak orang termasuklah saya sendiri - Pernahkan anda membeli produk maklumat digital seperti ebook dan apa yang terjadi sekarang ialah ebook itu tersadai di dalam harddisk komputer anda begitu sahaja?

Arah tujuan anda mungkin berbeza jika anda mengambil langkah untuk membaca ebook tersebut dengan teliti, mencatat nota penting sewaktu membacanya dan benar-benar belajar sesuatu dari ebook tersebut. Saya tidak suka untuk menyatakan ini tetapi saya perlu juga untuk mengatakannya; kerana selalu sangat orang menyalahkan produk kerana kegagalan mereka. Siapa yang patut dipersalahkan bukanlah produk-produk itu, tetapi diri orang itu sendiri!

(memang tidak diragui ada produk maklumat yang bercakap kosong sahaja tetapi anggaplah apa yang kita bincangkan disini merupakan produk yang benar-benar produk yang baik dan berkesan)

Pada masa yang sama, apa yang paling penting yang patut anda lakukan ialah BERTINDAK terus menggunakan ilmu yang baru anda perolehi. Contohnya anda mungkin telah menemui strategi baru untuk meningkatkan pendapatan perniagaan internet anda melalui Google Adwords. Tetapi mana mungkin anda tahu yang strategi itu berkesan atau tidak sedangkan anda belum lagi mencubanya pun? Fikirkanlah...

Belajar dan Bertindak, Bertindak dan Belajar pula...begitulah putarannya.