Khamis, 15 Januari 2009

Buat Duit Dari Perniagaan Lelong Internet

Buat Duit Dari Perniagaan Lelong Internet Seperti Di eBay atau Lelong.com.my

Perniagaan lelong seperti yang boleh dilakukan di eBay dan Lelong.com.my adalah platform yang telah banyak menjana wang untuk peniaga-peniaga internet selama beberapa tahun ini.

Kelebihan platform sebegini menggalakkan orang kebanyakan yang menganggap perniagaan internet sukar untuk dijalankan, untuk menjana pendapatan yang serius bagi mereka tanpa perlu memikirkan laman web ataupun pelanggan.

Ini kerana platform sebegini sudah mempunyai trafik yang banyak, yang perlu anda lakukan adalah membuat tawaran yang hebat kepada mereka. Untuk mula menjual di laman web seperti di eBay tidak memerlukan modal besar untuk pengiklanan atau promosi.

Jika anda mahu membuat perniagaan di eBay atau Lelong.com.my, ada beberapa pendekatan yang boleh anda cuba. Mungkin sesetengahnya agak rumit. Mari kita lihat dengan lebih dekat lagi…

Melelong barangan fizikal

Di platform lelongan sebegini anda boleh menjual hampir apa saja yang anda rasa boleh dijual. Peralatan elektrik, baju, kasut, aksesori kereta atau barang-barang lama yang sudah 10 tahun anda simpan dalam stor anda.

Mencari dan memilih produk untuk dijual adalah sangat penting. Pastikan anda dapat mencari barang yang murah tetapi jualannya amat menguntungkan di eBay atau Lelong.

Di bawah ada 2 cara untuk anda mendapatkannya:

1) Jualan Borong - dengan membeli barangan pada harga rendah yang terdapat pasaran borong atau industri kecil. Cara ini memerlukan anda mengeluarkan modal terlebih dahulu.

2) Jualan Murah - Pada hujung minggu atau hari percutian, selalunya peniaga barangan banyak membuat jualan murah. Dapatkan maklumat seperti di surat khabar untuk mengetahui mana-mana terdapatnya jualan murah atau jualan penghabisan stok yang boleh memberi keuntungan kepada anda.

Melelong Barangan Digital

Ini adalah lebih mudah berbanding menjual produk fizikal. Anda juga boleh menjual produk seperti e-book, perisian komputer ataupun laporan istimewa. Cara ini lebih mudah kerana anda tidak perlu melakukan banyak kerja seperti pembungkusan atau penghantaran pos. Semuanya boleh terus dihantar kepada pembeli melalui email selepas sahaja mereka membuat pembayaran.


+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Buat Duit Dari Perniagaan Lelong Internet oleh www.empayarcyber.net

Tiada ulasan: