Sabtu, 17 Januari 2009

Buat Duit Melalui Freelance

Buat Duit Melalui Freelance

Mungkin ada dikalangan anda tidak tahu apa itu freelance. Freelance bermaksud bekerja secara bebas, atau bekerja sendiri tanpa terikat dengan mana-mana syarikat atau kontrak kerja.

Jadi bagaimana freelance boleh membuat duit untuk anda? Fikirkan ini: Bagaimanakah kiranya anda yang menjadi PRODUK?

Apa yang saya maksudkan di sini adalah anda 'menjual' diri anda dengan menggunakan kemahiran yang dimiliki. Jika anda mahir dalam mana-mana kemahiran seperti berikut...

· Pereka grafik

· Pereka laman web

· Penulisan perniagaan

· Penulisan surat jualan

· Atur cara perisian komputer

· Membuat kajian

· Menaip

· Menulis artikel

· Menyunting

...jadi anda boleh membuat perniagaan freelance anda sendiri!

Apa yang perlu anda lakukan ialah mempromosikan diri anda dan servis yang boleh anda lakukan. Ini kerana pasaran sekarang sedang mencari-cari orang yang berkebolehan seperti anda.

Saya berkata demikian kerana sekarang ada banyak peniaga-peniaga internet mencari sumber luar iaitu orang-orang seperti anda untuk bekerjasama dalam menghasilkan projek mereka. Mereka memerlukan anda untuk membuat produk baru untuk mereka dan juga mempercepatkan kerja-kerja yang ingin dilengkapkan. Kebanyakan yang menggunakan servis anda tidak ada masa untuk melakukannya, oleh sebab itulah servis anda diperlukan.

Cuba layari laman web berikut :http://www.elance.com/, http://www.rentacoder.com/, http://www.scriptlance.com/ dan www.guru.com.

Sama seperti anda menggunakan laman web tersebut di atas untuk mencari freelance untuk menyiapkan projek anda, ianya boleh digunakan untuk mencari projek yang anda boleh buat. Jika anda memperoleh pelanggan tetap, anda boleh mengharap pendapatan jangka masa yang panjang dari sana kerana pelanggan sebegitu akan terus bekerjasama sekiranya anda dapat memberi servis yang cepat dan baik..

Memasarkan Diri Serta Servis Anda.

Sekiranya anda masih baru dalam bidang ini, apa yang perlu difokuskan adalah mendapatkan senarai pelanggan. Untuk ini apa yang perlu anda lakukan adalah mempromosikan diri serta servis anda di laman web yang telah saya nyatakan awal tadi atau menyertai mana-mana forum, menggunakan iklan atau banner online dan juga servis pengiklanan Google Adwords. Dalam hal ini anda perlulah kreatif untuk menjana trafik yang mencari servis seperti yang anda tawarkan.

Tips Tambahan Menjadi Freelance Di Internet

Sememangnya perniagaan sebegini memang menguntungkan jika anda dapat membuat perancangan yang strategik. Tetapi selain itu juga, amat penting untuk anda menyiapkan projek-projek dalam masa yang telah ditetapkan kerana perniagaan freelance amat peka terhadap disiplin masa.

Jadi sebelum anda ingin memulakan perniagaan ini, sebaik-baiknya anda membuat beberapa kajian tentang pasaran untuk servis anda sendiri. Ini termasuklah harga upah untuk sesuatu servis serta permintaannya.

Selain itu, sebelum anda hendak memulakan projek dengan mana-mana pelanggan, pastikan anda tahu latar belakangnya, dan untuk transaksi pembayaran dinasihatkan supaya anda menggunakan servis escrow (http://www.escrow.com/) . Dengan kaedah pembayaran sebegini anda, akan cuma akan menerima pembayaran setelah projek pelanggan anda dihantar dengan sempurna. Tujuannya adalah untuk menjaga hak kedua-dua pihak daripada sebarang penipuan.



Buat Duit Melalui Freelance oleh www.empayarcyber.net

Buat Duit Dengan Mengubah Pengetahuan Anda Menjadi Tutorial Video

Buat Duit Dengan Mengubah Pengetahuan Anda Menjadi Tutorial Video

Jika anda pakar dalam sesuatu bidang, anda boleh membuat dan menjual produk yang tinggi nilai dan harganya!

Ini kerana sekarang ada banyak permintaan dalam pasaran skop kecil (niche) jika anda tahu mencarinya, seperti dalam kategori :

· Kesihatan badan dan Senaman

· Pembelajaran Komputer

· Pemasaran Internet

· Kesenian dan Muzik

· Sukan, Hobi dan Rekreasi

Cuba anda fikirkan kebarangkalian untuk orang yang ingin belajar tentang:

· Bagaimana untuk membuat website

· Bagaimana untuk bermain gitar

· Bagaimana untuk membuat grafik menggunakan Adobe Photoshop

· Bagaimana untuk menguruskan/membesarkan badan

· Bagaimana untuk bersilat atau karate

Memang benar setiap topik yang dinyatakan di atas boleh diajar dengan e-book, tetapi tidakkah anda fikir jika pembelajaran dalam bentuk video lebih menarik dan berkesan. Para pembeli dapat belajar dengan cara yang lebih mudah jika mereka tahu dengan lebih teliti tentang apa yang mereka belajar. Contohnya langkah yang perlu diambil, menu manakah yang patut di klik, di mana untuk meletakkan posisi badan anda dan sebagainya - umpama menghadiri kelas latihan yang sebenar!

Yang mana anda pilih? Membelek buku yang anda baca dan mencubanya atau hanya mendengar arahan sambil melihat pergerakan dalam bentuk visual? Secara logiknya, manusia lebih cenderung jika kesemua pancaindera digunakan sewaktu pembelajaran.

Untuk membuat tutorial video ada beberapa langkah yang perlu anda buat:

Cara Membuat Tutorial:

Ada 3 cara mudah yang boleh anda guna untuk membuat tutorial video, setiap kaedah adalah berbeza dan bergantung pada apa kandungan yang hendak dimuatkan ke dalam video anda:

Pertama, anda boleh menggunakan perisian komputer seperti Camtasia. Dengan perisian ini anda boleh merakam aktiviti yang dilakukan dalam komputer anda. Cara ini adalah amat sesuai jika anda membuat tutorial yang ada berkait dengan perisian komputer yang lain seperti Photoshop, Macromedia, MS Frontpage dan lain-lain.

Kedua, anda boleh mengupah pakar freelance yang boleh dijumpai secara online. Laman web seperti www.elance.com dan www.rentacoder.com menyediakan banyak freelance yang ingin bekerja dengan anda dan menyiapkan apa-apa saja projek untuk anda.

Ketiga, ada boleh mengupah videografi professional yang terdapat di kawasan anda sendiri. Dengan mengupah professional tempatan sebegini anda boleh mengharapkan sesuatu yang lebih berkualiti dari segi persembahan video anda. Mereka juga boleh menyunting video anda dengan menambahkan muzik , skrin splash dan banyak lagi.

Cara Membuat Pakej Produk Video Anda:

Selepas itu baru anda fikirkan cara untuk membuat pakej bagi produk video anda. Membuat pakej untuk tutorial video adalah lebih mudah dari membuat tutorial video itu sendiri. Anda boleh gunakan mana-mana kaedah berikut untuk mempakejkan dan menghantar produk video anda:

Pertama, anda boleh menghantar produk tutorial anda melalui email ataupun laman web. Kaedah ini adalah amat pantas bagi pembeli anda kerana mereka dapat memuat turun terus video anda setelah membuat pembayaran. Jika video anda bersaiz kecil maka cara ini amat sesuai.

Kedua, menyalin tutorial video anda ke dalam DVD. Membuat pakej sebegini adalah lebih baik dan meningkatkan lagi nilai produk tutorial video anda.

Cara Menjual Produk Tutorial Anda:

Sekarang di mana produk tersebut hendak dijual? Jawapannya: Di mana-mana sahaja! Setelah anda mempunyai produk yang lengkap anda boleh menjualnya di pelbagai saluran seperti.

· Anda boleh membuat laman web jualan sendiri

· Buat laman web keahlian

· eBay / Lelong

· Iklankan secara offline seperti majalah atau surat khabar

· Menyelitkan dengan produk lain

· Membuat progam affiliate anda sendiri

Kalau anda jual mengikut cara yang kedua iaitu membuat laman web keahlian, anda dapat membuatnya dengan konsep bayaran bulanan. Dengan cara ini anda dapat menambah video anda dari masa ke semasa selain mendapat pendapatan bulanan untuk jangka masa yang panjang!



Buat Duit Dengan Mengubah Pengetahuan Anda Menjadi Tutorial Video oleh http://www.empayarcyber.net

Buat Duit Dari Hak Penjualan dan Penjenamaan Semua (Resell and Private Label Rights)

Buat Duit Dari Hak Penjualan dan Penjenamaan Semua (Resell and Private Label Rights)

Hak Penjenamaan Semula (Private Label Rights)


Dengan cara ini anda akan dapat memiliki produk anda sendiri dengan membeli sesuatu produk yang ada Hak Penjenamaan Semula. Jika anda sudah miliki hak tersebut anda dibenarkan untuk membuat nama baru bagi produk yang anda beli tadi dan juga meletakkan nama anda sebagai pemilik produk. Secara ringkasnya, anda boleh membuat jenama anda sendiri, membuat jualan dan mengaut keuntungan 100% darinya!.

Tetapi model ini tidak sama dengan pemasaran affiliate kerana anda perlulah membuat hosting bagi laman web jualan anda (laman web jualan selalunya disertakan bersama produk yang anda beli), membuat pemprosesan pembayaran anda sendiri serta menghantar sendiri produk tersebut. Berbeza sekali dengan pemasaran gaya affiliate kerana semua itu akan diuruskan oleh syarikat penganjur program affiliate.

Sekarang ada banyak produk yang boleh anda memperoleh Hak Penjenamaan Semula, kebiasaannya adalah e-book dan juga perisian komputer, yang seperti auto responder, barangan fizikal seperti vitamin, gula-gula dan banyak lagi.

Hak Penjualan Semula (Resell Rights)

Cara ini pula berbeza sekali dengan yang di atas kerana dengan Hak Penjualan Semula anda tidak dibenarkan untuk mengubahsuai produk seperti jenamanya dan nama pemiliknya. Tetapi cara ini membolehkan anda untuk menjual dan menyimpan 100% keuntungan. Sama seperti Hak Penjenamaan Semula, tetapi teknik ini bukan pemasaran affiliate.

Untuk mendapat keuntungan dari kedua-dua Hak di atas, anda terlebih dahulu perlu mencari niche (pasaran skop kecil) yang sesuai untuk anda. Pastikan niche tersebut mempunyai pembeli yang berhasrat untuk mencari produk untuk menyelesaikan masalah mereka seperti dalam kategori memasak, hubungan cinta, kewangan, kereta dan lain-lain. Selepas itu barulah anda mencari produk yang mempunyai Hak-Hak seperti yang telah dibincangkan di atas dan seterusnya membuat tawaran anda kepada bakal pembeli.

Jika anda ingin memulakan perniagaan seperti ini, saya tidak menggalakkan anda memiliki produk yang menawarkan hanya satu Hak Penjualan atau Hak Penjenamaan. Sebaik-baiknya carilah laman web yang menawarkan Program Keahlian yang memberi anda akses kepada ratusan produk digital yang mempunyai Hak Penjualan dan Penjenamaan Semula.

Buat Duit Dari Hak Penjualan dan Penjenamaan Semua (Resell and Private Label Rights)

Khamis, 15 Januari 2009

Buat Duit Dari Perniagaan Lelong Internet

Buat Duit Dari Perniagaan Lelong Internet Seperti Di eBay atau Lelong.com.my

Perniagaan lelong seperti yang boleh dilakukan di eBay dan Lelong.com.my adalah platform yang telah banyak menjana wang untuk peniaga-peniaga internet selama beberapa tahun ini.

Kelebihan platform sebegini menggalakkan orang kebanyakan yang menganggap perniagaan internet sukar untuk dijalankan, untuk menjana pendapatan yang serius bagi mereka tanpa perlu memikirkan laman web ataupun pelanggan.

Ini kerana platform sebegini sudah mempunyai trafik yang banyak, yang perlu anda lakukan adalah membuat tawaran yang hebat kepada mereka. Untuk mula menjual di laman web seperti di eBay tidak memerlukan modal besar untuk pengiklanan atau promosi.

Jika anda mahu membuat perniagaan di eBay atau Lelong.com.my, ada beberapa pendekatan yang boleh anda cuba. Mungkin sesetengahnya agak rumit. Mari kita lihat dengan lebih dekat lagi…

Melelong barangan fizikal

Di platform lelongan sebegini anda boleh menjual hampir apa saja yang anda rasa boleh dijual. Peralatan elektrik, baju, kasut, aksesori kereta atau barang-barang lama yang sudah 10 tahun anda simpan dalam stor anda.

Mencari dan memilih produk untuk dijual adalah sangat penting. Pastikan anda dapat mencari barang yang murah tetapi jualannya amat menguntungkan di eBay atau Lelong.

Di bawah ada 2 cara untuk anda mendapatkannya:

1) Jualan Borong - dengan membeli barangan pada harga rendah yang terdapat pasaran borong atau industri kecil. Cara ini memerlukan anda mengeluarkan modal terlebih dahulu.

2) Jualan Murah - Pada hujung minggu atau hari percutian, selalunya peniaga barangan banyak membuat jualan murah. Dapatkan maklumat seperti di surat khabar untuk mengetahui mana-mana terdapatnya jualan murah atau jualan penghabisan stok yang boleh memberi keuntungan kepada anda.

Melelong Barangan Digital

Ini adalah lebih mudah berbanding menjual produk fizikal. Anda juga boleh menjual produk seperti e-book, perisian komputer ataupun laporan istimewa. Cara ini lebih mudah kerana anda tidak perlu melakukan banyak kerja seperti pembungkusan atau penghantaran pos. Semuanya boleh terus dihantar kepada pembeli melalui email selepas sahaja mereka membuat pembayaran.


+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Buat Duit Dari Perniagaan Lelong Internet oleh www.empayarcyber.net

Isnin, 22 September 2008

Rahsia Yang Terbiar Untuk Kejayaan Perniagaan Internet Anda

Untuk artikel kali ini, saya akan mendedahkan kepada anda apa yang sebenarnya diperlukan untuk memiliki sebuah perniagaan internet yang berjaya dan juga bagaimana anda dapat memperoleh keuntungan yang berlipatkali ganda hasil dari pemasaran secara online anda.

Tidak kira apa pun perniagaan yang anda lakukan melalui internet, 2 faktor yang bakal saya bentangkan disini adalah merupakan nadi utama bagi menentukan hala tuju perniagaan internet anda. Jika anda tidak mengaplikasikan 2 faktor ini dalam perniagaa internet anda dengan baik, kegagalan anda dalam bidang ini mungkin akan datang dengan lebih cepat dari yang anda sangkakan.

Dalam arena perniagaan internet dan juga pemasaran internet, terdapat banyak faktor yang mendorong sesebuah perniagaan itu untuk berjaya. Tetapi malangnya oleh kerana terdapat maklumat yang terlampau banyak yang kita boleh dapati melalui intenet, sering kali kita akan hilang kawalan kerana 'dibanjiri' dengan bermacam-macam ilmu dari internet. Ini termasulah seperti pemasaran melalui emel, laman sosial, teknologi web 2.0 , pengiklanan ppc dan sebagainya.

Semua itu adalah amat penting bagi menambahkan lagi punca untuk kejayaan perniagaan internet anda, tetapi hari ini saya ingin mengatakan kepada anda untuk berhenti mencari semua bahan seperti itu, dan lebih fokus dengan apa yang saya ingin kongsikan kepada anda disini.

Untuk pengetahuan anda, kejayaan sesebuah perniagaan internet hanya memerlukan 2 faktor yang teramat penting ini, iaitu : Trafik dan juga kadar tukaran pelanggan (conversion rate)

Apakah trafik dan conversion rate?

Seperti yang anda tahu, trafik adalah pelawat yang datang ke laman web perniagaan internet anda. Mereka ini adalah sama seperti seorang pengunjung yang datang ke kedai runcit di kawasan anda. Mereka juga boleh dikategorikan sebagai prospek. Conversion Rate pula adalah kadar tukaran dari seorang prospek anda tadi menjadi seorang pelanggan anda.

Jika anda fikirkan dengan teliti, apalah ertinya sebuah laman web jika ianya tidak dikunjung oleh sesiapa pun, inilah sebabnya trafik adalah amat penting bagi memberi jualan dan keuntungan kepada perniagaan anda. Oleh itu, kemahiran untuk menjana trafik tanpa had adalah amat kritikal bagi perniagaan anda. Tidak kiralah bagaimana anda ingin menjana trafik tersebut, samaada secara iklan banner, iklan menggunakan google adwords, melalui forum, melalui laman sosial ataupun secara offline, semuanya dikira supaya laman web perniagaan anda dapat dilihat oleh seberapa banyak prospek yang akan membeli produk atau servis anda.


Oleh yang demikian, mulai sekarang anda seharusnya lebih fokus untuk menjana trafik yang fokus untuk membeli produk anda - cari dimana pasaran sasaran anda berada secara online, samaada diforum, blog atau laman sosial. Dan pastikan anda terus menerus dapat menjana trafik fokus (targeted traffic) ini dengan konsisten tanpa henti.

Baiklah, sekarang anda sudah tahu bertapa pentingnya trafik pelawat. Sekiranya banyak trafik yang dapat melihat tawaran melalui laman web perniagaan anda, semakin besarlah peluang untuk anda menjana jualan serta keuntungan - memang tidak dinafikan banyak yang hanya tahu untuk membina laman web perniagaan tetapi amat sedikit yang tahu apakah yang perlu mereka lakukan dengan laman web mereka itu.

Faktor kejayaan perniagaan internet anda yang seterusnya ialah, conversion rate ataupun kadar tukaran pelanggan. Memiliki jumlah trafik yang besar setiap hari adalah amat baik tetapi ianya masih belum mencukupi. Hal ini kerana, jika laman web perniagaan anda tidak memberi tawaran yang cukup menarik kepada prospek anda, keinginan mereka untuk membeli dari anda adalah amat jarang sekali.


Biar saya memberi anda contoh apakah itu kadar tukaran pelanggan (conversion rate). Katakan anda memiliki sebuah laman web yang menjual video dan lagu klasik, dan pada setiap bulan anda mampu menjana 10000 orang pelawat secara konsisten, dan dari 10000 orang trafik tadi ada 100 orang yang membeli video serta lagu klasik anda dengan membayarnya menggunakan kad kredit atau paypal. Disini berapakah kadar tukaran pelanggan anda? Jika anda kira, kadar tukaran kepada pelanggan anda adalah 1%.



Bayangkan jika purata produk anda dijual dengan harga Rm30, ini bermakna anda sudah menjana RM3000 untuk bulan tersebut dengan hanya memiliki 1% kadar tukaran. 1% adalah kadar yang teramat rendah tetapi itu adalah sukatan konservatif yang selalu digunakan, secara purata laman web yang baik dapat memberi kadar dari 5% - 10%, dan jika tawaran yang anda berikan kepada prospek memang tidak dapat dielakkan boleh mencecah 30% - 70% kadar tukaran. Bayangkan keuntungan yang boleh anda jana secara online jika anda dapat menukarkan prospek anda mengikut kadar tersebut.

Contoh Strategi Meningkat Conversion Rate Yang Boleh Anda "Spy & Pakai":


Jadi apa yang dikatakan disini adalah, conversion rate adalah amat penting bagi mengajak prospek yang melihat tawaran anda untuk mengambil kad kredit mereka dan berbelanja dengan anda!

Jadi, itu saja yang saya ingin kongsikan kali ini, apa yang pasti adalah semakin cepat anda dapat menguasi kedua-dua kemahiran ini, semakin cepatlah anda dapat mencipta gaya hidup yang hebat melalui internet ini. Kerana dengan 2 faktor ini, anda dapat mengharap untuk menjana perdapatan yang akan membayar bil anda serta membeli anda makanan dan segala yang anda perlukan.

Akhir sekali saya ingin sarankan disini, jika sebelum ini anda selalu berlegar-legar dan bertembung dengan pelbagi maklumat dari internet ini, sekarang saya harap anda lebih fokus dalam ekspedisi anda itu dalam 2 faktor yang saya nyatakan tadi. Sekian.


Khamis, 11 September 2008

Kebebasan Kewangan Dengan Gaya Hidup Internet

Bayangkan buat seketika; bagaimana perasaannya jika anda mempunyai WANG dan MASA untuk melakukan apa saja yang anda inginkan selama ini...


Adakah anda akan membelanjakannya untuk mengemudi kapal layar anda sendiri? Menikmati rumah impian dan kereta impian anda? Melawat ke tempat yang baru dan menarik? Membina rupa bentuk badan yang anda inginkan? Melancong ke negara-negara yang hebat? Berjumpa dengan kenalan-kenalan baru yang berpesonaliti menarik? Memberi sumbangan masa anda dengan membantu orang yang kurang bernasib baik dari anda? Ataupun, hanya menggunakan masa anda untuk bergembira dan mengenali dengan lebih rapat lagi ahli keluarga dan rakan-rakan anda...semua ini dilakukan dengan penuh keghairahan dan tenaga yang tidak pernah anda bayangkan sebelum mengenali kebebasan kewangan dan kebebasan masa yang sebenar.



Semua orang memiliki impian dan inspirasi mereka tersendiri, tetapi kebanyakan kita tidak mengambil langkah yang perlu untuk membuatkannya menjadi realiti. Saya disini ingin memberitahu anda, jika anda sanggup untuk meletakkan MASA dan TENAGA anda sekarang, peluang ini dapat membantu anda untuk mencapai segala impian anda – dan IANYA MASIH BELUM TERLAMBAT.

Apa yang pasti…kita tidak tahu bila masa kita akan tamat. Jadi jangan berlengah untuk mencapai semua impian anda sehingga esok jika anda boleh melakukannya SEKARANG!

>> Untuk memulakan perniagaan internet anda dari rumah sila klik sini.

Sabtu, 30 Ogos 2008

Konsep Pemasaran Unggul

Hari ini saya akan berkongsi dengan anda satu konsep pemasaran yang akan memberi hasil yang amat memberangsangkan ke atas perniagaan anda. Ini kerana kebanyakan perniagaan terutama sekali perniagaan berskala kecil dan sederhana banyak mengendahkan bahagian pemasaran yang merupakan faktor penting untuk kejayaan perniagaan mereka.

Seperti yang anda tahu, faktor pemasaran adalah amat penting di dalam mana-mana perniagaan pun, tidak kiralah apa pun produk atau servis yang dipasarkan. Ini kerana semua perniagaan adalah termasuk dalam golongan 'perniagaan pemasaran'. Tanpa pemasaran, promosi dan juga pengiklanan tiadalah makna sesuatu perniagaan tersebut.

Jadi, seterusnya mari kita lihat apa yang dikatakan dengan Konsep Pemasaran Unggul.

Perniagaan Hasil Dari Keghairahan Anda
Pernahkah anda bertanya kepada diri anda sendiri apakah minat anda yang sebenar? Dalam mana-mana perniagaan terdapat banyak ahli perniagaan yang membuat duit dan keuntungan dari perniagaan yang mereka sendiri tidak minat sebenarnya. Ini kerana mereka berniaga hanya kerana sekadar berniaga dan untuk membuat duit semata-mata. Ini tidak salah tetapi ianya tidak memberi kepuasan dan mungkin hanya bertahan untuk masa yang sementara sahaja. Dengan memiliki perniagaan yang anda minati ianya membuatkan anda merasa seperti tidak bekerja kerana setiap hari anda melakukan perkara yang anda amat cintai. Mungkin hari ini anda boleh fikirkan satu perniagaan yang anda minat yang boleh mendorong anda untuk benar-benar melakukannya

Mencari pasaran niche anda sendiri
Sebelum anda ingin memasarkan sesuatu produk atau servis, adalah lebih baik anda mengkaji terlebih dahulu pasarannya. Ini adalah amat penting kerana anda perlulah mengenal pasti dimana pelanggan anda dan masalah yang mereka hadapi. Dengan membuat kajian pasaran seperti itu, anda akan lebih mudah untuk membina produk dan servis yang amat diperlukan oleh bakal pelanggan anda. Menggunakan konsep ini juga akan dapat mengurangkan risiko dan sekaligus memberi keuntungan yang maksimum.