Isnin, 21 Julai 2008

Buat duit dari rumah : Bagaimana & Kenapa?

Jika anda ingin mengetahui cara untuk buat duit dari rumah, maka hari ini adalah hari yang bertuah buat anda.

Ini kerana hari ini saya ingin membincangkan beberapa perkara dengan anda tentang bagaimana dan kenapa anda perlu buat duit dari rumah.

Kebanyakan daripada kita hari ini mencari pelbagai sumber pendapatan tambahan, tidak kira dengan bekerja 2 pekerjaan, bekerja sendiri atau berbisnes secara kecil-kecilan. Ini adalah lumrah pada zaman sekarang kerana kita tidak lagi dapat mengharap dari satu sumber pendapatan sahaja. Ini ditambahkan lagi dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu seperti harga barang naik seperti minyak, barangan dapur dan lain-lain lagi.

Sebelum saya pergi dengan lebih jauh lagi, saya ingin menerangkan kepada anda bagaimana caranya untuk buat duit dari rumah dan kenapa anda perlu memilih untuk buat duit dari rumah sebagai cara untuk anda menambah sumber pendapatan anda.



Tahukah anda sebelum popularnya internet, sistem buat duit dari rumah dengan gaya pos adalah satu model perniagaan yang amat popular dari dulu lagi hinggalah sekarang. Apa yang anda perlu lakukan adalah mempromosikan produk atau servis anda melalui surat khabar dan sekiranya menerima tempahan , produk tersebut dihantar menggunakan Pos terus kepada pelanggan anda.

Sekarang, dengan kemunculan internet, segala-galanya berubah dengan lebih pantas lagi. Dengan menggunakan prinsip bisnes yang sama, usahawan yang membuat duit dari rumah gaya pos sekarang menjadi lebih produktif dengan pendedahan tanpa batas yang ditawarkan oleh kuasa internet!

Jadi kenapa anda perlu memilih internet sebagai platform untuk anda buat duit dari rumah?

Internet menawarkan pelbagai peluang dengan kita dengan segala pendedahan pelbagai maklumat hanya dengan satu klik sahaja. Selain itu juga, internet mampu memberi automasi kepada perniagaan anda dengan wujudnya aplikasi-aplikasi online yang amat membantu. Sebagai contoh, Google Adwords adalah satu daripada aplikasi online yang disediakan oleh Google. Google Adword adalah aplikasi online yang amat popular dan efektif sekali untuk tujuaan pemasaran dan promosi sesebuah perniagaan. Aplikasi lain contohnya, email responder dan perkhidmatan pelanggan juga sekarang boleh diautomasikan dengan menggunakan internet.

Jadi jika kebanyakan operasi perniagaan anda dapat dilakukan secara automatik tanpa perlu penglibatan anda 100%, ini sudah tentu dapat memberi masa yang lebih untuk anda.


Sumber: Buat duit dari rumah : Bagaimana & Kenapa?

Khamis, 17 Julai 2008

Berita Baik Untuk Pencari Pasaran Perniagaan Internet

Hai, apa kabar anda hari ini, saya harap anda gembira sentiasa tidak kira apa pun yang anda lakukan.

Untuk topik hari ini, saya ingin berkongsi dengan anda satu aplikasi yang mungkin kebanyakan anda sudah tahu. Aplikasi online ini telah banyak membantu ramai perniaga internet termasuk saya sendiri, untuk mengetahui keadaan ataupun trend pasaran yang terdapat dalam dunia internet ini.

Aplikasi yang ingin saya perkenalkan adalah digelar Google Keyword Tools atau dalam bahasa melayunya ialah Perisian Katakunci Google. Fungi utama perisian ini adalah mengenal pasti jumlah carian yang dilakukan oleh pengguna engin pencarian Google dalam masa satu bulan. Selain itu juga, perisian ini membolehkan seseorang itu mengkaji purata harga kos per klik untuk satu kata kunci, ini adalah amat berguna sebelum anda ingin memulakan kempen pengiklanan anda melalui Google Adwords. Ada banyak lagi kegunaan Google Keyword Tool ini, tetapi yang 2 fungi yang saya nyatakan tadi adalah yang paling berguna fungsinya.

Berita Baik?

Sebelum ini, Google Keyword Tool hanya mengesyorkan graf untuk menunjukkan jumlah purata carian dalam masa sebulan. Graf seperti yang ditunjukkan sebelum ini tidak mendedahkan angka sebenar carian seperti yang terdapat pada servis percuma yang pernah ditawarkan oleh Yahoo Overture Suggestion Tool sebelum ini. Dengan ini, pengguna Google Keyword Tool agak kurang pasti dan keliru dengan jumlah sebenar carian.

Berikut adalah gambar rajah Google Keyword Tool yang lama:



Berbeza dengan sekarang dimana Google telah secara senyap-senyap merasmikan servis baru Google Keyword Toolnya.

Bagi pencari pasaran perniagaan internet, sudah saya katakan, ini adalah sesuatu yang amat bagus untuk anda. Ini kerana anda bukan saja tahu jumlah purata pencarian kata kunci malah anda didedahkan dengan angka yang sebenar jumlah pencarian tersebut dalam masa sebulan.

Ini seolah-olah memberitahu anda, samaada pasaran ini bagus atau tidak untuk diceburi. Selain itu juga, anda boleh membandingkannya dengan harga kos per klik untuk satu kata kunci. Amat bagus bukan?

Lihat pasaran untuk pengguna yang mencari "perniagaan" menggunakan Google. Saya telah set untuk Google memberi saya jumlah pencarian dalam Malaysia sahaja. (Sebelum itu, Google juga boleh memberi jumlah pencarian dari sesebuah negara contohnya Singapura, Indonesia, Amerika atau dari seluruh dunia, itu anda yang pilih)



Harap info kali ini berguna untuk anda. Jadi sekarang bermain-mainlah dengan fungi baru Google Keyword Tool untuk mencari pasaran yang mungkin tersembunyi.

Klik sini untuk menggunakan Google Keyword Tool .

Rabu, 16 Julai 2008

Pengguna Internet Yang Extreme!

Untuk kita santai2 hari ini, mari saya memperkenalkan anda kepada Cody... Cody adalah pengguna internet dan komputer yang seperti anda juga, tetapi cuba bayangkan apa yang anda lakukan jikalau tempat bekerja anda seperti dia:



Mungkin ada di antara anda yang berfikir "Apa lah difikirkan oleh Cody ini ya?"

Selamat Menyambut Hari Yang Gembira!


Tahniah Kepada Peminat Kuasa Internet

Fuhh, hampir 3 bulan tak update blog saya ni. Dalam 3 bulan tersebut, ada banyak perkara yang telah dilaksanakan dan juga perkembangan dari segi pendedahan bidang baru ke dalam fungi internet.

Walaupun begitu, saya harap kamu telah mendapat sesuatu yang amat bermanfaat menerusi ebook dan artikel yang telah saya sediakan semenjak Januari lagi. Dalam 3 bulan yang lepas, ebook yang saya lancarkan pada bulan March telah mendapat perhatian komuniti yang cenderung untuk mempelajari ilmu yang baru. Ini kerana melalui ebook Kod Rahsia Jutawan, para pembaca dapat memikirkan bahawa tidak mengira perniagaan apa pun yang lakukan, internet mempunyai kuasa untuk memajukannya ke tahap yang lebih menyerlah lagi.

Saya amat gembira dengan penerimaan ebook pertama saya itu dan saya telah melihat beberapa kebaikan daripadanya. Di Wang Cyber contohnya, akses secara percuma untuk muat turun ebook Kod Rahsia Jutawan diberikan khas kepada para pengguna forum komuniti perniagaan internet seperti Wang Cyber. Di situ Kod Rahsia Jutawan telah mendapat tempat yang kedua ebook yang paling banyak di muat turun yang merupakan ebook yang kedua popluar di arena usahawan internet malaysia.



Untuk secara keseluruhnya, saya telah mendapat 528 orang yang memuat turun ebook tersebut dari laman web rasmi Kod Rahsia Jutawan tidak termasuk dari laman-laman web seperti WangCyber.com

Ada beberapa lagi perkara yang saya ingin kongsikan disini untuk ada jadi teruskan bersama saya lagi selepas ini, :)