Isnin, 22 September 2008

Rahsia Yang Terbiar Untuk Kejayaan Perniagaan Internet Anda

Untuk artikel kali ini, saya akan mendedahkan kepada anda apa yang sebenarnya diperlukan untuk memiliki sebuah perniagaan internet yang berjaya dan juga bagaimana anda dapat memperoleh keuntungan yang berlipatkali ganda hasil dari pemasaran secara online anda.

Tidak kira apa pun perniagaan yang anda lakukan melalui internet, 2 faktor yang bakal saya bentangkan disini adalah merupakan nadi utama bagi menentukan hala tuju perniagaan internet anda. Jika anda tidak mengaplikasikan 2 faktor ini dalam perniagaa internet anda dengan baik, kegagalan anda dalam bidang ini mungkin akan datang dengan lebih cepat dari yang anda sangkakan.

Dalam arena perniagaan internet dan juga pemasaran internet, terdapat banyak faktor yang mendorong sesebuah perniagaan itu untuk berjaya. Tetapi malangnya oleh kerana terdapat maklumat yang terlampau banyak yang kita boleh dapati melalui intenet, sering kali kita akan hilang kawalan kerana 'dibanjiri' dengan bermacam-macam ilmu dari internet. Ini termasulah seperti pemasaran melalui emel, laman sosial, teknologi web 2.0 , pengiklanan ppc dan sebagainya.

Semua itu adalah amat penting bagi menambahkan lagi punca untuk kejayaan perniagaan internet anda, tetapi hari ini saya ingin mengatakan kepada anda untuk berhenti mencari semua bahan seperti itu, dan lebih fokus dengan apa yang saya ingin kongsikan kepada anda disini.

Untuk pengetahuan anda, kejayaan sesebuah perniagaan internet hanya memerlukan 2 faktor yang teramat penting ini, iaitu : Trafik dan juga kadar tukaran pelanggan (conversion rate)

Apakah trafik dan conversion rate?

Seperti yang anda tahu, trafik adalah pelawat yang datang ke laman web perniagaan internet anda. Mereka ini adalah sama seperti seorang pengunjung yang datang ke kedai runcit di kawasan anda. Mereka juga boleh dikategorikan sebagai prospek. Conversion Rate pula adalah kadar tukaran dari seorang prospek anda tadi menjadi seorang pelanggan anda.

Jika anda fikirkan dengan teliti, apalah ertinya sebuah laman web jika ianya tidak dikunjung oleh sesiapa pun, inilah sebabnya trafik adalah amat penting bagi memberi jualan dan keuntungan kepada perniagaan anda. Oleh itu, kemahiran untuk menjana trafik tanpa had adalah amat kritikal bagi perniagaan anda. Tidak kiralah bagaimana anda ingin menjana trafik tersebut, samaada secara iklan banner, iklan menggunakan google adwords, melalui forum, melalui laman sosial ataupun secara offline, semuanya dikira supaya laman web perniagaan anda dapat dilihat oleh seberapa banyak prospek yang akan membeli produk atau servis anda.


Oleh yang demikian, mulai sekarang anda seharusnya lebih fokus untuk menjana trafik yang fokus untuk membeli produk anda - cari dimana pasaran sasaran anda berada secara online, samaada diforum, blog atau laman sosial. Dan pastikan anda terus menerus dapat menjana trafik fokus (targeted traffic) ini dengan konsisten tanpa henti.

Baiklah, sekarang anda sudah tahu bertapa pentingnya trafik pelawat. Sekiranya banyak trafik yang dapat melihat tawaran melalui laman web perniagaan anda, semakin besarlah peluang untuk anda menjana jualan serta keuntungan - memang tidak dinafikan banyak yang hanya tahu untuk membina laman web perniagaan tetapi amat sedikit yang tahu apakah yang perlu mereka lakukan dengan laman web mereka itu.

Faktor kejayaan perniagaan internet anda yang seterusnya ialah, conversion rate ataupun kadar tukaran pelanggan. Memiliki jumlah trafik yang besar setiap hari adalah amat baik tetapi ianya masih belum mencukupi. Hal ini kerana, jika laman web perniagaan anda tidak memberi tawaran yang cukup menarik kepada prospek anda, keinginan mereka untuk membeli dari anda adalah amat jarang sekali.


Biar saya memberi anda contoh apakah itu kadar tukaran pelanggan (conversion rate). Katakan anda memiliki sebuah laman web yang menjual video dan lagu klasik, dan pada setiap bulan anda mampu menjana 10000 orang pelawat secara konsisten, dan dari 10000 orang trafik tadi ada 100 orang yang membeli video serta lagu klasik anda dengan membayarnya menggunakan kad kredit atau paypal. Disini berapakah kadar tukaran pelanggan anda? Jika anda kira, kadar tukaran kepada pelanggan anda adalah 1%.



Bayangkan jika purata produk anda dijual dengan harga Rm30, ini bermakna anda sudah menjana RM3000 untuk bulan tersebut dengan hanya memiliki 1% kadar tukaran. 1% adalah kadar yang teramat rendah tetapi itu adalah sukatan konservatif yang selalu digunakan, secara purata laman web yang baik dapat memberi kadar dari 5% - 10%, dan jika tawaran yang anda berikan kepada prospek memang tidak dapat dielakkan boleh mencecah 30% - 70% kadar tukaran. Bayangkan keuntungan yang boleh anda jana secara online jika anda dapat menukarkan prospek anda mengikut kadar tersebut.

Contoh Strategi Meningkat Conversion Rate Yang Boleh Anda "Spy & Pakai":


Jadi apa yang dikatakan disini adalah, conversion rate adalah amat penting bagi mengajak prospek yang melihat tawaran anda untuk mengambil kad kredit mereka dan berbelanja dengan anda!

Jadi, itu saja yang saya ingin kongsikan kali ini, apa yang pasti adalah semakin cepat anda dapat menguasi kedua-dua kemahiran ini, semakin cepatlah anda dapat mencipta gaya hidup yang hebat melalui internet ini. Kerana dengan 2 faktor ini, anda dapat mengharap untuk menjana perdapatan yang akan membayar bil anda serta membeli anda makanan dan segala yang anda perlukan.

Akhir sekali saya ingin sarankan disini, jika sebelum ini anda selalu berlegar-legar dan bertembung dengan pelbagi maklumat dari internet ini, sekarang saya harap anda lebih fokus dalam ekspedisi anda itu dalam 2 faktor yang saya nyatakan tadi. Sekian.


Khamis, 11 September 2008

Kebebasan Kewangan Dengan Gaya Hidup Internet

Bayangkan buat seketika; bagaimana perasaannya jika anda mempunyai WANG dan MASA untuk melakukan apa saja yang anda inginkan selama ini...


Adakah anda akan membelanjakannya untuk mengemudi kapal layar anda sendiri? Menikmati rumah impian dan kereta impian anda? Melawat ke tempat yang baru dan menarik? Membina rupa bentuk badan yang anda inginkan? Melancong ke negara-negara yang hebat? Berjumpa dengan kenalan-kenalan baru yang berpesonaliti menarik? Memberi sumbangan masa anda dengan membantu orang yang kurang bernasib baik dari anda? Ataupun, hanya menggunakan masa anda untuk bergembira dan mengenali dengan lebih rapat lagi ahli keluarga dan rakan-rakan anda...semua ini dilakukan dengan penuh keghairahan dan tenaga yang tidak pernah anda bayangkan sebelum mengenali kebebasan kewangan dan kebebasan masa yang sebenar.



Semua orang memiliki impian dan inspirasi mereka tersendiri, tetapi kebanyakan kita tidak mengambil langkah yang perlu untuk membuatkannya menjadi realiti. Saya disini ingin memberitahu anda, jika anda sanggup untuk meletakkan MASA dan TENAGA anda sekarang, peluang ini dapat membantu anda untuk mencapai segala impian anda – dan IANYA MASIH BELUM TERLAMBAT.

Apa yang pasti…kita tidak tahu bila masa kita akan tamat. Jadi jangan berlengah untuk mencapai semua impian anda sehingga esok jika anda boleh melakukannya SEKARANG!

>> Untuk memulakan perniagaan internet anda dari rumah sila klik sini.

Sabtu, 30 Ogos 2008

Konsep Pemasaran Unggul

Hari ini saya akan berkongsi dengan anda satu konsep pemasaran yang akan memberi hasil yang amat memberangsangkan ke atas perniagaan anda. Ini kerana kebanyakan perniagaan terutama sekali perniagaan berskala kecil dan sederhana banyak mengendahkan bahagian pemasaran yang merupakan faktor penting untuk kejayaan perniagaan mereka.

Seperti yang anda tahu, faktor pemasaran adalah amat penting di dalam mana-mana perniagaan pun, tidak kiralah apa pun produk atau servis yang dipasarkan. Ini kerana semua perniagaan adalah termasuk dalam golongan 'perniagaan pemasaran'. Tanpa pemasaran, promosi dan juga pengiklanan tiadalah makna sesuatu perniagaan tersebut.

Jadi, seterusnya mari kita lihat apa yang dikatakan dengan Konsep Pemasaran Unggul.

Perniagaan Hasil Dari Keghairahan Anda
Pernahkah anda bertanya kepada diri anda sendiri apakah minat anda yang sebenar? Dalam mana-mana perniagaan terdapat banyak ahli perniagaan yang membuat duit dan keuntungan dari perniagaan yang mereka sendiri tidak minat sebenarnya. Ini kerana mereka berniaga hanya kerana sekadar berniaga dan untuk membuat duit semata-mata. Ini tidak salah tetapi ianya tidak memberi kepuasan dan mungkin hanya bertahan untuk masa yang sementara sahaja. Dengan memiliki perniagaan yang anda minati ianya membuatkan anda merasa seperti tidak bekerja kerana setiap hari anda melakukan perkara yang anda amat cintai. Mungkin hari ini anda boleh fikirkan satu perniagaan yang anda minat yang boleh mendorong anda untuk benar-benar melakukannya

Mencari pasaran niche anda sendiri
Sebelum anda ingin memasarkan sesuatu produk atau servis, adalah lebih baik anda mengkaji terlebih dahulu pasarannya. Ini adalah amat penting kerana anda perlulah mengenal pasti dimana pelanggan anda dan masalah yang mereka hadapi. Dengan membuat kajian pasaran seperti itu, anda akan lebih mudah untuk membina produk dan servis yang amat diperlukan oleh bakal pelanggan anda. Menggunakan konsep ini juga akan dapat mengurangkan risiko dan sekaligus memberi keuntungan yang maksimum.


Isnin, 21 Julai 2008

Buat duit dari rumah : Bagaimana & Kenapa?

Jika anda ingin mengetahui cara untuk buat duit dari rumah, maka hari ini adalah hari yang bertuah buat anda.

Ini kerana hari ini saya ingin membincangkan beberapa perkara dengan anda tentang bagaimana dan kenapa anda perlu buat duit dari rumah.

Kebanyakan daripada kita hari ini mencari pelbagai sumber pendapatan tambahan, tidak kira dengan bekerja 2 pekerjaan, bekerja sendiri atau berbisnes secara kecil-kecilan. Ini adalah lumrah pada zaman sekarang kerana kita tidak lagi dapat mengharap dari satu sumber pendapatan sahaja. Ini ditambahkan lagi dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu seperti harga barang naik seperti minyak, barangan dapur dan lain-lain lagi.

Sebelum saya pergi dengan lebih jauh lagi, saya ingin menerangkan kepada anda bagaimana caranya untuk buat duit dari rumah dan kenapa anda perlu memilih untuk buat duit dari rumah sebagai cara untuk anda menambah sumber pendapatan anda.



Tahukah anda sebelum popularnya internet, sistem buat duit dari rumah dengan gaya pos adalah satu model perniagaan yang amat popular dari dulu lagi hinggalah sekarang. Apa yang anda perlu lakukan adalah mempromosikan produk atau servis anda melalui surat khabar dan sekiranya menerima tempahan , produk tersebut dihantar menggunakan Pos terus kepada pelanggan anda.

Sekarang, dengan kemunculan internet, segala-galanya berubah dengan lebih pantas lagi. Dengan menggunakan prinsip bisnes yang sama, usahawan yang membuat duit dari rumah gaya pos sekarang menjadi lebih produktif dengan pendedahan tanpa batas yang ditawarkan oleh kuasa internet!

Jadi kenapa anda perlu memilih internet sebagai platform untuk anda buat duit dari rumah?

Internet menawarkan pelbagai peluang dengan kita dengan segala pendedahan pelbagai maklumat hanya dengan satu klik sahaja. Selain itu juga, internet mampu memberi automasi kepada perniagaan anda dengan wujudnya aplikasi-aplikasi online yang amat membantu. Sebagai contoh, Google Adwords adalah satu daripada aplikasi online yang disediakan oleh Google. Google Adword adalah aplikasi online yang amat popular dan efektif sekali untuk tujuaan pemasaran dan promosi sesebuah perniagaan. Aplikasi lain contohnya, email responder dan perkhidmatan pelanggan juga sekarang boleh diautomasikan dengan menggunakan internet.

Jadi jika kebanyakan operasi perniagaan anda dapat dilakukan secara automatik tanpa perlu penglibatan anda 100%, ini sudah tentu dapat memberi masa yang lebih untuk anda.


Sumber: Buat duit dari rumah : Bagaimana & Kenapa?

Khamis, 17 Julai 2008

Berita Baik Untuk Pencari Pasaran Perniagaan Internet

Hai, apa kabar anda hari ini, saya harap anda gembira sentiasa tidak kira apa pun yang anda lakukan.

Untuk topik hari ini, saya ingin berkongsi dengan anda satu aplikasi yang mungkin kebanyakan anda sudah tahu. Aplikasi online ini telah banyak membantu ramai perniaga internet termasuk saya sendiri, untuk mengetahui keadaan ataupun trend pasaran yang terdapat dalam dunia internet ini.

Aplikasi yang ingin saya perkenalkan adalah digelar Google Keyword Tools atau dalam bahasa melayunya ialah Perisian Katakunci Google. Fungi utama perisian ini adalah mengenal pasti jumlah carian yang dilakukan oleh pengguna engin pencarian Google dalam masa satu bulan. Selain itu juga, perisian ini membolehkan seseorang itu mengkaji purata harga kos per klik untuk satu kata kunci, ini adalah amat berguna sebelum anda ingin memulakan kempen pengiklanan anda melalui Google Adwords. Ada banyak lagi kegunaan Google Keyword Tool ini, tetapi yang 2 fungi yang saya nyatakan tadi adalah yang paling berguna fungsinya.

Berita Baik?

Sebelum ini, Google Keyword Tool hanya mengesyorkan graf untuk menunjukkan jumlah purata carian dalam masa sebulan. Graf seperti yang ditunjukkan sebelum ini tidak mendedahkan angka sebenar carian seperti yang terdapat pada servis percuma yang pernah ditawarkan oleh Yahoo Overture Suggestion Tool sebelum ini. Dengan ini, pengguna Google Keyword Tool agak kurang pasti dan keliru dengan jumlah sebenar carian.

Berikut adalah gambar rajah Google Keyword Tool yang lama:



Berbeza dengan sekarang dimana Google telah secara senyap-senyap merasmikan servis baru Google Keyword Toolnya.

Bagi pencari pasaran perniagaan internet, sudah saya katakan, ini adalah sesuatu yang amat bagus untuk anda. Ini kerana anda bukan saja tahu jumlah purata pencarian kata kunci malah anda didedahkan dengan angka yang sebenar jumlah pencarian tersebut dalam masa sebulan.

Ini seolah-olah memberitahu anda, samaada pasaran ini bagus atau tidak untuk diceburi. Selain itu juga, anda boleh membandingkannya dengan harga kos per klik untuk satu kata kunci. Amat bagus bukan?

Lihat pasaran untuk pengguna yang mencari "perniagaan" menggunakan Google. Saya telah set untuk Google memberi saya jumlah pencarian dalam Malaysia sahaja. (Sebelum itu, Google juga boleh memberi jumlah pencarian dari sesebuah negara contohnya Singapura, Indonesia, Amerika atau dari seluruh dunia, itu anda yang pilih)



Harap info kali ini berguna untuk anda. Jadi sekarang bermain-mainlah dengan fungi baru Google Keyword Tool untuk mencari pasaran yang mungkin tersembunyi.

Klik sini untuk menggunakan Google Keyword Tool .

Rabu, 16 Julai 2008

Pengguna Internet Yang Extreme!

Untuk kita santai2 hari ini, mari saya memperkenalkan anda kepada Cody... Cody adalah pengguna internet dan komputer yang seperti anda juga, tetapi cuba bayangkan apa yang anda lakukan jikalau tempat bekerja anda seperti dia:



Mungkin ada di antara anda yang berfikir "Apa lah difikirkan oleh Cody ini ya?"

Selamat Menyambut Hari Yang Gembira!


Tahniah Kepada Peminat Kuasa Internet

Fuhh, hampir 3 bulan tak update blog saya ni. Dalam 3 bulan tersebut, ada banyak perkara yang telah dilaksanakan dan juga perkembangan dari segi pendedahan bidang baru ke dalam fungi internet.

Walaupun begitu, saya harap kamu telah mendapat sesuatu yang amat bermanfaat menerusi ebook dan artikel yang telah saya sediakan semenjak Januari lagi. Dalam 3 bulan yang lepas, ebook yang saya lancarkan pada bulan March telah mendapat perhatian komuniti yang cenderung untuk mempelajari ilmu yang baru. Ini kerana melalui ebook Kod Rahsia Jutawan, para pembaca dapat memikirkan bahawa tidak mengira perniagaan apa pun yang lakukan, internet mempunyai kuasa untuk memajukannya ke tahap yang lebih menyerlah lagi.

Saya amat gembira dengan penerimaan ebook pertama saya itu dan saya telah melihat beberapa kebaikan daripadanya. Di Wang Cyber contohnya, akses secara percuma untuk muat turun ebook Kod Rahsia Jutawan diberikan khas kepada para pengguna forum komuniti perniagaan internet seperti Wang Cyber. Di situ Kod Rahsia Jutawan telah mendapat tempat yang kedua ebook yang paling banyak di muat turun yang merupakan ebook yang kedua popluar di arena usahawan internet malaysia.



Untuk secara keseluruhnya, saya telah mendapat 528 orang yang memuat turun ebook tersebut dari laman web rasmi Kod Rahsia Jutawan tidak termasuk dari laman-laman web seperti WangCyber.com

Ada beberapa lagi perkara yang saya ingin kongsikan disini untuk ada jadi teruskan bersama saya lagi selepas ini, :)


Selasa, 15 April 2008

Jana Wang Besar Dari Internet

Ketahui 7 model perniagaan internet yang terbukti mampu menjana wang luar biasa untuk anda!

Di dalam topik ini saya akan memberi anda gambaran yang ringkas tentang perniagaan internet yang sedang hangat sekarang. Saya akan menceritakan sedikit tentang model-model perniagaan internet di mana kesemuanya 100% terbukti boleh membawa wang besar untuk anda dan sesiapa sahaja yang ingin memulakan perniagaan yang hanya menggunakan komputer dan sambungan internet ini.

Setiap model-model perniagaan ini telah pun lama dibangunkan oleh beribu peniaga internet dari serata dunia dan mereka telah berjaya menjana pendapatan sampingan dan juga pendapatan tetap untuk diri mereka. Jadi semua ini terserah kepada anda untuk memulakan perniagaan yang mana satu, kerana setiap model boleh membawa keuntungan untuk anda. Syaratnya anda perlulah berusaha dengan tekun sebelum anda boleh menikmati hasilnya untuk jangka masa yang panjang.

Tiada kesenangan yang datang bergolek tanpa berusaha untuk mendapatkannya. Untuk ini saya selalu berpegang kepada satu falsafah yang amat mudah

"Sukses bermaksud melengkapkan sesuatu dengan sempurna!"

Mungkin anda lihat kenyataan di atas nampak terlalu mudah, tetapi jika anda fikirkan secara mendalam ianya boleh membawa impak yang amat besar untuk anda. Ianya boleh membawa anda maju kehadapan jika anda menerimanya, saya sudah mengalami sendiri kesan dari pada falsafah di atas, dan kini giliran anda pula...

Sekarang mari kita melihat pelbagai idea perniagaan online...

Model Perniagaan Internet # 1 : Permasaran Affiliate

Pada pendapat saya, gaya permasaran affiliate adalah model perniagaan yang tetap menjadi pilihan nombor 1 . Dengan konsepnya yang agak ringkas ianya dapat memberi inspirasi dan semangat kepada sesiapa sahaja yang mahu berjinak dalam perniagaan alam cyber ini.

Kenapa saya berkata begini? Amat mudah sekali, kerana permasaran affiliate...

1. Tidak memerlukan memiliki laman web sendiri

2. Tidak memerlukan anda mempunyai produk sendiri

3. Keuntungan yang berlipat kali ganda menggunakan modal yang rendah

4. Tiada perbelanjaan inventori

5. Tiada masalah dengan pemproses pembayaran

6. Tiada masalah jika ada pembayaran balik dan juga komplen pelanggan

7. Pemasaran affiliate tidak menghadkan anda dengan satu perniagaan sahaja tetapi seberapa banyak peniagaan internet dengan menggunakan teknik permasaran yang sama

Jika anda pernah berfikir untuk memiliki produk sendiri tetapi tidak punyai cukup sumber. Atau jika anda tertarik dengan produk orang lain, dan mungkin berkata 'kalaulah itu produk saya, tentu saya dapat menjual serta mendapat keuntungan darinya'. Jika anda pernah berfikiran begitu, jadi permasaran affiliate ada jawapannya.

Ini kerana sebagai agen affiliate kepada syarikat tertentu anda boleh menjual mana-mana produk yang anda suka dan mendapat potongan keuntungan daripada penjualan yang anda telah buat. Ini kerana apabila anda menjadi agen affiliate, anda seolah-olah mempunyai hak permilikian produk yang anda pasarkan itu.

Keindahan kaedah permasaran gaya affiliate ini adalah, anda boleh mendapat keuntungan tanpa berhadapan dengan banyak kerja yang rumit dan masalah yang lain.

Pemasaran affliate terbahagi kepada dua model iaitu

1) Pay Per Sale

Model ini adalah yang kebiasaannya dipilih oleh promoter produk affiliate. Dengan model ini peranan anda adalah menghantar seberapa banyak trafik ke laman web produk affiliate yang ingin anda pasarkan. Jika ada pembeli yang membeli produk dari anda, anda akan mendapat kredit untuk jualan tersebut dalam bentuk komisen. Beginilah anda mendapat keuntungan. Mudah bukan?

Dengan model ini, anda boleh membuat wang yang luar biasa banyak sekali dengan syarat anda tahu teknik-teknik yang berkesan untuk menggandakan jualan serta komisen anda!

Dalam hal ini anda jangan kuathir kerana saya akan menyelitkan banyak idea-idea serta teknik-teknik rahsia di blog ini nanti yang terbukti menjana trafik berkualiti serta komisen yang besar untuk anda! Jadi teruskan membaca...

2) Pay Per Lead

Untuk mendapat komisen dengan model ini anda hanya perlu merekomen pelawat anda untuk mendapat maklumat daripada syarikat, berbeza dengan pay-per-sale yang memerlukan pembeli membeli produk terlebih dahulu sebelum anda dapat mendapat komisen.

Contoh model ini:

· Menghantar trafik kepada syarikat kewangan supaya syarikat tersebut mendapat pelanggan yang berkualti yang inginkan maklumat seperti wang pinjaman atau perlaburan

· Menghantar prospek untuk mendapatkan maklumat serta sample dari syarikat perubatan dan kesihatan

· Menghantar prospek kepada produk-produk yang baru di pasaran

Model ini ada kelebihannya iaitu ia boleh membawa wang pantas untuk anda (dengan syarat anda masih menggunakan teknik yang berkesan untuk permasaran affiliate) . Tetapi untuk model ini, biasanya syarikat yang menganjurkan program seperti adalah untuk jangka masa yang pendek sahaja.

Kunci kejayaan untuk model ini adalah, anda perlu membuat tawaran yang menyerlah sebelum trafik yang anda hantar ingin mengambil maklumat daripada syarikat yang menawarkannya. Tidak seperti anda menjual produk affiliate, ada banyak material iklan yang boleh anda pakai untuk tujuaan promosi seperti laporan khas, artikel untuk emel dan lain-lain.

Itu saja untuk hari ini, saya harap anda dapat melihat gambaran apa yang selalu disebut iaitu affiliate marketing (permasaran affiliate). Seterusnya selepas ini saya akan lebih banyak memberi info tentang perniagaan online yang lain. Salam berjumpa lagi!







Selasa, 8 April 2008

7 petua tradisional buat duit, cari duit dari internet (Siri ke 7 - tamat)

Petua Buat Duit, Cari Duit Internet # 7

Jangan fikir anda menjalankan perniagaan online anda terus melupakan strategi yang masih berkesan ini. Cuba guna cara promosi secara offline yang sebenarnya senang untuk anda capai yang mampu membawa trafik yang super berkualiti untuk anda!

Tujuan anda menjalankan perniagaan online adalah untuk mendapat keuntungan dengan membawa seberapa banyak trafik yang berkualiti ke laman web perniagaan anda. Bukankah begitu?

Jadi untuk ini sebenarnya ada banyak cara yang boleh anda guna membawa trafik ke laman web anda. Oleh kerana anda menjalankan perniagaan online, memang kebiasaanya kita akan menggunakan cara online untuk tujuan promosi. Tetapi jangan anda lupa, menggunakan cara promosi offline juga adalah amat senang untuk anda membawa trafik yang amat berkualiti.

Fikirkan begini, jika anda menjual produk ebook anda secara online, sudah tentu ada banyak juga potensi pembeli di bandar tempat tinggal anda sekarang.

Jika anda mempromosi cara offline jangan lupa untuk memberitahu anda adalah dari bandar yang sama kerana ini meningkatkan lagi kredibiliti dan kepercayaan bakal pembeli terhadap anda dan seterusnya membawa trafik yang super berkualiti kepada anda.

Di bawah terdapat beberapa contoh cara untuk mempromosi secara offline. Pembelanjaan untuk promosi offline tidak perlulah yang mahal dari promosi online, kerana cara promosi offline ada yang murah dan memberi pulangan yang hebat jika digunakan dengan betul:

Risalah, Kemeja T, Kad Perniagaan, Flyer, Iklan suratkhabar, laman web tempatan, papaniklan awam (cth: perpustakaan, pusat membeli-belah), berpakat dengan perniagaan tempatan, penajaan iklan radio, penajaan untuk kebajikan,

Jadi bagaimana pendapat anda tentang petua-petua yang saya huraikan dari siri pertama lagi. Saya harap anda mendapat banyak pengajaran daripadanya kerana semua petua tersebut amat penting untuk kejayaan diri dan juga perniagaan anda, tidak kiralah perniagaan online atau offline.

Untuk Kejayaan Anda & Kita Semua!,

Mohamad Hafeez

7 petua tradisional buat duit, cari duit dari internet (Siri 5 - 6)

Petua Buat Duit, Cari Duit Internet #5

Penyebab No. 1 kegagalan selalunya berpunca daripada sifat PENANGGUHAN, walaupun begitu punca asal penangguhan bukanlah sikap malas tetapi lebih kepada sifat kepercayaan dan juga keyakinan pada diri.

Saya percaya seseorang akan melakukan sesuatu dengan bersungguh-sungguh jika mereka tahu hasil yang mereka akan dapat jika mereka melakukannya. Kebanyakan kita tidak dapat melakukan sesuatu itu dengan sempurna kerana kita takut untuk gagal.

Ini adalah satu masalah yang besar dan amat sukar untuk dihadapi tetapi tidak ada pilihan lain untuk berjaya kecuali merempuh cabaran tersebut. Anda hendaklah cuba untuk menangani segala fikiran yang negatif dan juga alasan yang menangguhkan kerja-kerja ke arah imipan anda. Untuk menghadapi ini, saya ada satu falsafah yang saya selalu pegang:

"Jika saya tidak melakukan perkara ini, saya tidak akan mendapat apa yang saya impikan dan saya akan menyesal oleh kerananya, tambahan lagi jika ada orang yang berjaya melakukan apa yang saya sepatutnya lakukan lebih awal lagi. Jika saya melakukannya, ada harapan serta peluang terbuka untuk saya berjaya dan yang paling penting saya tidak akan menyesal kerana saya telah melaksanakannya."

Lagipun apa yang anda rugi jika anda melakukannya? Adakah anda kerugian masa, tenaga atau wang ringgit? Berusaha untuk mencapai impian anda selama ini tidak akan mendatangkan apa-apa kerugian sebaliknya anda lebih beruntung sebenarnya.

Anda harus berkorban untuk berjaya. Sikap seperti inilah yang patut dimiliki oleh setiap orang yang mengelarkan diri mereka sebagai usahawan, tidak kira anda menjalankan perniagaan internet ataupun tidak. Teruskanlah usaha anda untuk mencapai impian yang anda inginkan, buat perancangan, buat kajian, dan sentiasa teruskan usaha sehingga berjaya.

Jika anda sudah mula melihat HASIL dari usaha yang anda tanamkan selama ini, anda mungkin akan ketawa dengan diri anda mengenang kembali sewaktu detik awal anda masih lagi berasa takut untuk gagal! Kerana anda sudah tahu, Takut Gagal Bermaksud Takut Untuk Berjaya!

Membina kejayaan selepas itu akan menjadi mudah untuk anda kerana anda sudah amat yakin dengan diri anda sendiri, dan anda berasa bangga dengan setiap usaha yang anda buat.

Secara keseluruhannya, apa yang perlu anda ingat ialah; untuk berjaya anda mesti berfikiran positif dan sentiasa berlangkah tanpa henti sehinggalah anda sampai ke 'destinasi impian' anda. Sekurang-kurangnya cubalah untuk membuat yang terbaik, percaya kepada diri kerana kejayaan bergantung sepenuhnya kepada MINDA anda!

Yakinlah apa-apa saja yang anda impikan sedang menunggu di hujung usaha anda itu, jadi teruskanlah melangkah! Tiada siapa yang dapat mengambilnya kecuali diri anda sendiri!

Petua Buat Duit, Cari Duit Internet #6

Ada dua perkataan penting yang mesti anda patuhi tidak kira dalam perniagaan atau hal peribadi anda, iaitu BELAJAR dan BERTINDAK.

Percaya atau tidak formula untuk anda membina kekayaan adalah begitu mudah sekali. Iaitu pertama, anda mesti TAHU bagaimana dan kedua, anda MESTI melakukannya. Sungguhpun begitu ringkas formula ini, banyak yang sukar mengikutinya.

Biar saya berterus-terang kepada anda, jika anda mempunyai ilmu yang terhebat sekali pun dalam alam ini, jika anda tidak menggunakannya ia tidak akan memberi apa-apa nilai pun untuk anda.

Tidak kira seberapa banyak pun buku yang anda baca, seminar yang anda hadiri, atau seberapa banyak pun orang yang anda kenal tetapi jika anda tidak mahu belajar dan menggunakan sumber-sumber ini dengan baik, anda tidak mungkin akan maju ke depan serta meningkatkan diri anda.

Contoh yang paling mudah; ini terjadi kepada banyak orang termasuklah saya sendiri - Pernahkan anda membeli produk maklumat digital seperti ebook dan apa yang terjadi sekarang ialah ebook itu tersadai di dalam harddisk komputer anda begitu sahaja?

Arah tujuan anda mungkin berbeza jika anda mengambil langkah untuk membaca ebook tersebut dengan teliti, mencatat nota penting sewaktu membacanya dan benar-benar belajar sesuatu dari ebook tersebut. Saya tidak suka untuk menyatakan ini tetapi saya perlu juga untuk mengatakannya; kerana selalu sangat orang menyalahkan produk kerana kegagalan mereka. Siapa yang patut dipersalahkan bukanlah produk-produk itu, tetapi diri orang itu sendiri!

(memang tidak diragui ada produk maklumat yang bercakap kosong sahaja tetapi anggaplah apa yang kita bincangkan disini merupakan produk yang benar-benar produk yang baik dan berkesan)

Pada masa yang sama, apa yang paling penting yang patut anda lakukan ialah BERTINDAK terus menggunakan ilmu yang baru anda perolehi. Contohnya anda mungkin telah menemui strategi baru untuk meningkatkan pendapatan perniagaan internet anda melalui Google Adwords. Tetapi mana mungkin anda tahu yang strategi itu berkesan atau tidak sedangkan anda belum lagi mencubanya pun? Fikirkanlah...

Belajar dan Bertindak, Bertindak dan Belajar pula...begitulah putarannya.

Isnin, 10 Mac 2008

Bermimpi untuk buat duit dari internet?

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog Empayar Cyber Network

Sudah beberapa hari saya tidak menulis artikel baru kerana agak sibuk menunjuk ajar newbie2 yang baru belajar tentang teknik yang kita bincangkan dalam ebook Kod Rahsia Jutawan.

Alhamdulilah, hari ini saya akan memberi anda info yang akan menyedarkan kita semua sebelum kita pergi lebih jauh lagi untuk buat duit dari perniagaan internet.

Ada 3 persoalan yang harus anda tanya dengan diri anda sebelum anda ingin mencari duit dan membuat duit dari perniagaan intenet. Ada baiknya jika anda membuat nota, jawapan atau idea-idea anda ke dalam buku nota perniagaan internet anda.

Saya ingin tekankan disini bahawa 3 soalan ini adalah amat berkuasa sekali yang akan membawa anda pergi lebih jauh dalam perniagaan internet dan mencapai apa yang anda impikan selama ini. Jadi saya harap anda tidak memandang remeh tentang perkara ini.

3 soalan tersebut adalah

1) Apakah objektif anda yang sebenarnya dalam membuat duit dari internet?

2) Kenapa anda ingin membuat duit dari intenet?

3) Bagaimana anda ingin membuat duit dari internet?

3 persoalan ini adalah amat penting bagi sesiapa sahaja yang ingin membuat duit dari internet.

Tanpa memiliki jawapan yang teguh untuk ketiga-tiga soalan ini, adalah amat sukar untuk anda bertahan lama dalam perniagaan internet.

Sebabnya?

Pertama, anda tidak memiliki tujuaan yang jelas kenapa anda ingin buat duit dari internet,
kedua anda tidak tahu apakah sebab anda ingin buat duit dari internet dan terakhir sekali anda tidak tahu langkah-langkah yang terbukti berkesan untuk membantu anda membuat duit dari internet.

Kalau dari segi logiknya anda sendiri pun dapat menilai 3 soalan ini dan pernahkah anda berfikir tentang ini sebelum ini? Jika belum jadi ini adalah hari yang bertuah untuk anda memulakan langkah anda dengan lebih tersusun dan lebih fokus.

Saya akan bincangkan dengan lebih teliti lagi tentang 3 persoalan tersebut dalam artikel saya yang akan datang, Salam hormat!

Selasa, 4 Mac 2008

Kod Rahsia Jutawan; Apa Kata Mereka?

Hari yang ditunggu selama ini sudah tiba…

Kerana hari ini adalah pelancaran rasmi untuk eBook yang ditunggu-tunggu, Kod Rahsia Jutawan! Dengan ini saya ingin mengucapkan terima kasih kepada anda kerana kesetiaan anda menunggu hampir sebulan lamanya!

Seperti yang anda tahu menerusi email saya sebelum ini, ebook ini akan mengajar anda secara teliti tentang cara-cara mudah dan terpantas untuk memiliki perniagaan internet yang berjaya!

Bagi yang ada mendaftar awal sebelum pelancaran ebook ini, saya telah menyediakan beberapa TAWARAN & BONUS ISTIMEWA untuk anda sempena pelancaran rasmi hari ini!

Selepas anda habis membacanya kelak silalah memberi komen anda tentang ebook Kod Rahsia Jutawan disini. Saya amat bebesar hati untuk mendengar sebarang komen dari anda!

Untuk Kejayaan Kita Semua!

Ahad, 2 Mac 2008

Arkib email 4 hari sebelum pelancaran Kod Rahsia Jutawan

Assalamualaikum & salam sejahtera kepada semua,

Dari saya lagi Mohamad Hafeez dari KodRahsiaJutawan.com,

Kelmarin saya ada menghantar email kepada anda menerangkan sedikit tentang kandungan ebook Kod Rahsia Jutawan. Bagaimana perasaan anda tentang ebook itu? Saya berani mengatakan ini adalah sesuatu yang menarik dan amat berbeza sekali yang tidak pernah anda temui sebelum ini!

Jadi apakah kebaikan yang terdapat di dalam ebook ini kepada anda? Apakah manfaat yang boleh anda dapat dari sana?

Amat ketara sekali…

Pertama, kepada yang baru menjejak kaki ke alam perniagaan internet, ini adalah satu berita baik untuk anda awal tahun ini, kerana ilmu yang terkandung di dalam ebook ini akan menjadikan anda berada sebaris dengan pakar-pakar perniagaan internet di Malaysia…

Kedua, ebook ini akan mengajar anda sistem yang telah terbukti untuk menjana pendapatan tetap secara online. Tidak perlu anda nak pening kepala macam mana nak buat ini, buat itu, dapatkan itu, dan ini…tak payah susah susah, anda tiru saja sistem yang dah terbukti berjaya, 100% saya jamin anda juga akan berjaya!

Dan ketiga, dengan cara penyampaian yang terus dan tidak banyak cerita, ebook ini membantu anda meringankan 'sakit kepala' dan keraguan anda dengan memberi anda penyelesaian langkah demi langkah yang mudah untuk membina perniagaan internet anda secepat mungkin. Perniagaan yang menjana pendapatan untuk anda…secara konsisten, bukan untuk 1 – 2 bulan sahaja.

Secara ringkasnya, jika anda ingin mengubah kualiti kehidupan anda bermula pada awal tahun ini melalui perniagaan internet, saya cadangkan ada membaca keseluruhan kandungan ebook Kod Rahsia Jutawan itu apabila ia dilancarkan nanti. InsyaAllah, jika anda bersemangat jitu untuk berjaya dengan cemerlang, anda boleh melakukannya tanpa sesiapa pun dapat menghalang anda kecuali diri anda sendiri...

Jumpa lagi pada esok hari, saya akan terus menulis kepada anda info yang bermanfaat sehinggalah ke hari pelancaran ebook Kod Rahsia Jutawan itu kelak...

Untuk Kejayaan Anda,

Mohamad Hafeez

Arkib email 5 hari sebelum pelancaran Kod Rahsia Jutawan

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Semoga anda sihat dan gembira selalu bersama keluarga tercinta. Mungkin anda sekarang sibuk, jadi saya tidak mahu mengambil masa yang terlalu lama disini…

Tujuaan saya menghantar email ini adalah untuk mengingatkan anda tentang ebook “Kod Rahsia Jutawan” yang akan dilancarkan pada 4hb Mac ini – iaitu 5 hari saja lagi!

Selain itu, saya ingin memberi respon kepada pertanyaan dari beberapa orang yang sudah berdaftar…

Kerana dalam tempoh satu minggu terakhir ini, saya telah menerima banyak email yang ingin mengetahui apakah kandungan dan 'keuntungan' yang boleh didapati dari ebook itu nanti...

Saya sebenarnya tidak ingin mendedahkan perkara ini atas sebab-sebab tertentu, tetapi oleh kerana banyak yang ingin tahu…saya akan ‘buka sikit’ kandungan ebook ini untuk anda...

Apa yang bakal anda dapat...
  • beberapa petua penting yang perlu anda ikut sebelum memulakan perniagaan internet – pantang ditinggal!
  • beberapa model perniagaan internet yang terbukti memberi keuntungan yang lumayan!
  • strategi permasaran yang akan memberi keuntungan yang terpantas untuk anda!
  • sistem internet yang telah melahirkan ramai jutawan internet di seluruh dunia, dan saya akan ajar bagaimana anda dapat meniru sistem ini ke dalam perniagaan online anda – tanpa buat banyak kerja, itu janji saya ok!
  • susunan kerja langkah demi langkah supaya tidak memeningkan kepala anda untuk mula – tidak banyak cerita, cuma baca dan ikut saja
  • 4 faktor yang akan memberi anda jaminan 100% untuk berjaya dengan cemerlang di arena perniagaan internet

Alamak! Saya dah terlebih cakaplah…tapi tak apalah dah tertulis lagipun sekurang-kurangnya anda sudah dapat apa yang anda mahukan…

Jadi itulah yang bakal anda peroleh dari ebook “Kod Rahsia Jutawan” (banyak lagi sebenarnya, nanti panjang sangat email ini)

Sekarang anda tunggu sajalah hari pelancaran itu nanti…5 hari saja lagi. Pastikan anda sentiasa semak inbox email anda ya...jumpa lagi!

Jumaat, 29 Februari 2008

Bonus Terbaru Dari Kawan Saya, Khas Untuk Pembaca Setia Blog Saya (Bernilai RM350!)

Anda mungkin pernah mendengar tentang perniagaan internet terhangat yang banyak dibuat oleh pencari pendapatan sampingan sekarang. (lihat saja ahli2 buat promosi dekat Google Adword keyword 'cari duit') Ini kerana sistem perniagaan ini telah membantu banyak orang biasa membuat duit komisen yang lumayan melalui program 'rakan kongsi pintar' yang dianjurkan sendiri oleh kawan saya, En. Mohd Nizam

Bagi yang belum tahu atau yang pernah mendengar saja tentang sistem ini, sila klik disini sekarang untuk mengetahui dengan lebih lanjut...dan bagi sesiapa yang mengaktifkan sistem ini dengan memesan dari blog saya ini dalam tempoh kurang 72 JAM dari sekarang, En Nizam telah bersetuju untuk memberi BONUS INSTIMEWA berupa produk dari Jo Han Mok "Cracking The Internet Millionaires Code" bernilai RM350 untuk ANDA!

Dibawah adalah bonus tersebut. Tengoklah sendiri berapa harganya disini. Anda pasti tidak akan rugi memesan dari link saya disini ditambah lagi dengan beberapa pemberian bonus-bonus terpilih termasuklah produk resell rights, audio course, video course bernilai hampir RM1633 jika dibeli berasingan! Jadi Dapatkannya Sekarang sebelum En Nizam berubah fikiran dan menarik balik bonus produk Jo Han Mok ini!

Khamis, 28 Februari 2008

KodRahsiaJutawan.com - Tinggal 5 hari saja lagi

Tinggal 5 hari saja lagi sebelum eBook "Kod Rahsia Jutawan" dilancarkan secara rasmi pada 4hb Mac 2008 ini.

Kemaskini: Sekarang hanya tinggal 110 ruang pendaftaran untuk mendapatkan salinan edisi percuma Kod Rahsia Jutawan (Bernilai RM97) - jangan lepaskan peluang ini!

Klik sini sekarang jika anda belum lagi mendaftar di Kodrahsiajutawan.com

Jumaat, 22 Februari 2008

7 petua tradisional buat duit, cari duit dari internet (Siri 3 - 4)

Petua Buat Duit, Cari Duit Internet # 3
Pastikan anda memiliki produk yang boleh anda kawal sepenuhnya

Jika anda lihat kenyataan di atas , saya tidak menyarankan bahawa anda MESTILAH mempunyai produk anda sendiri.

Apa yang anda perlukan adalah produk yang anda miliki secara unik. Mungkin anda sedikit keliru disini kerana memiliki produk dalam dunia internet ini ada beberapa cara yang unik. Teruskan bersama saya...

Sekarang ada banyak perisian komputer yang memudahkan sesiapa sahaja untuk membuat produk digital sendiri . Tetapi percayalah, tidak semua yang ingin membuatnya sendiri. (saya pun tidak faham mengapa)

Walaupun begitu ada berita baik untuk golongan yang suka menggunakan produk orang lain. Bukan saja menggunakannya tetapi memilikinya secara unik iaitu setelah mereka membeli produk seperti ebook contohnya, mereka boleh terus mendapat Hak Penjualan , Hak Penjenamaan Semua dan Lesen Pemilikan Penuh untuk produk yang mereka beli itu.

Anda mungkin bertanya 'Apakah gunanya kesemua hak atau lesen tersebut?'. Di sinilah keistimewaannya, kerana dengan adanya hak penjualan dan yang sepertinya anda tidak perlu lagi memerah otak untuk membuat produk anda dari awal lagi. Ini kerana produk yang telah dibeli, anda secara langsung dibenarkan dan diberi hak untuk mengubah tajuk buku tersebut (tetapi kandungan tidak boleh disentuh), nama penulisnya kepada anda sendiri dan seterusnya anda juga boleh menjualnya tanpa memberi royalti kepada penulis asal. Hebatkan? Ini bermaksud anda menyimpan 100% keuntungan tanpa berpeluh untuk menghasilkan produk tersebut!

Secara singkatnya anda boleh melakukan apa-apa sahaja dengan produk sebegini.

Dengan produk yang sebegini anda boleh 'mempergunakannya' untuk anda membuat jualan, menjalankan progam affiliate, membina list, serta menjadikan diri anda terkenal! :)

Petua Buat Duit, Cari Duit Internet # 4
Dalam setiap aktiviti, sentiasalah mencari peluang untuk menjenamakan diri anda. Ini saja amat berkuasa untuk ANDA, lebih hebat dari apa yang anda fikirkan.

Kejayaan anda akan berkembang berlipat kali ganda apabila nama anda sudah dikenali di pasaran internet dan banyak orang yang tahu tentang diri anda. Ini memberikan anda peluang yang lebih mudah untuk membuat lebih duit , membuat rangkaian perniagaan baru, membuat pakatan perniagaan dan banyak lagi kelebihan yang bakal anda perolehi apabila menjadi terkenal.

Percayalah, apabila anda menjadi terkenal di internet kelak sudah tentu banyak yang ingin mengaitkan diri mereka dengan anda. Ini membuatkan mereka juga akan mendapat sekurang-kurangnya sedikit implikasi kerana populariti anda.

Kita cakap memang senang, tetapi bagaimanakah caranya untuk anda menjadi terkenal?

Jawapannya mudah sahaja tetapi memerlukan usaha untuk anda mencapainya - Iaitu dengan meletakkan nama anda di luar sana (di pasaran online)

Ada dua kaedah untuk ini, pertama anda boleh membuat diri anda popular dengan cara membiarkan orang menyebut tentang anda. Saya tidak akan memberitahu secara perinci tentang ini kerana saya mahu anda 'berkerja' sedikit dan memikirkan sendiri tentang ini. Kenyataan saya di atas agak ketara untuk anda mula mengorak langkah anda.

Kaedah kedua yang juga boleh memberi impak besar kepada populatiti anda ialah dengan; apa yang saya panggil sebagai teknik "penunggang belakang". Kaedah ini memerlukan anda berkerjasama dengan seseorang yang sudah terkenal yangsama bidang dengan anda. Jika kaedah ini digunakan dengan cara yang betul, ia boleh memberi impak yang amat luar biasa sekali.

Walau bagaimanapun, saya tidak mahu anda terlalu runsing dengan petua yang satu ini, kerana saya akan membongkarkan kepada anda satu kaedah mudah yang boleh membuatkan anda menjadi mula dikenali dalam masa yang singkat.

Jadi teruskan membaca perenggan demi perenggan supaya anda tidak terlepas satu pun pendedahan saya di dalam blog ini...

Khamis, 21 Februari 2008

Pelancaran eBook "Kod Rahsia Jutawan" - Tawaran Istimewa Untuk 400 orang pertama!

"Siapa Lagi Yang Mahu Menbina Perniagaan Internet Yang Kukuh Berkerja Hanya Dari Rumah Dan Menjana RM5000, RM10,000 hingga RM30,000++ Setiap Sebulan?"

Dapatkan Salinan Percuma Khas "Kod Rahsia Jutawan" Yang Akan Di Lancarkan Pada 4hb Mac Ini Sekarang!

Terhad kepada 400 pendaftaran terawal sahaja! Klik Sini Untuk Daftar Sekarang!



Sabtu, 16 Februari 2008

7 petua tradisional buat duit, cari duit dari internet (Siri 1 - 2)

"Bagi Mengecapi Kejayaan Jangka Masa Panjang Untuk Diri Anda,
Perniagaan Internet...serta Kehidupan Anda..!"

7 Petua Tradisional Buat Duit, Cari Duit Dari Internet!

Saya merasakan adalah teramat penting untuk saya memberitahu kepada anda petua-petua sebelum anda ingin memulakan perniagaan internet yang luar biasa ini.

Petua-petua ini mungkin pada pandangan anda adalah teramat mudah untuk dibaca dan difahami tetapi ia merupakan perkara yang banyak diambil ringan oleh kebanyakkan mereka yang baru menceburi diri dalam bidang perniagaan internet.

Jika anda dapat memerapkan nilai-nilai yang terdapat dalam petua-petua ini dengan tegas ke atas diri anda, anda lihatlah sendiri hasilnya kerana saya amat pasti ianya akan membawa banyak kesan positif kepada diri serta perniagaan internet anda!

Petua Buat Duit, Cari Duit Internet # 1
Jika anda ingin memulakan serta memantapkan perniagaan internet anda, anda memerlukan satu 'kemahiran' yang teramat penting iaitu - FOKUS!

Kebanyakan orang mempunyai masalah untuk fokus menyiapkan sesuatu urusan mereka - saya sendiri tidak terkecuali! Fakta yang benar untuk kenyataan ini adalah; kita perlu fokus dalam sesuatu pekerjaan kerana ini adalah ramuan yang berulang kali terbukti bagi mengecapi kejayaan. MASALAH PALING UTAMA yang menjadi penyebab kenapa banyak perniagaan internet yang dilakukan seseorang itu tidak berjaya adalah kerana:

...setiap hari di dalam arena internet anda tentu sekali bertembung dengan banyak peluang perniagaan atau pun program penjana pendapatan! Inilah masalahnya kerana kebanyakkan kita apabila melihat satu peluang tersebut kita akan segera memikirkan bahawa "inilah jawapannya" lihat yang baru lagi seminggu selepas itu anda akan berkata "wow..inilah jawapannya, inilah cara buat duit yang terbaik" . Tambahan lagi kepada mereka yang berharap untuk mendapat jalan pintas selalu beranggapan mereka tidak perlu melakukan apa-apa perkara untuk mendapat hasil, dan tidak kurang juga yang tidak sabar dalam melakukan sesuatu. Biar saya tekankan disini - Ini bukanlah caranya dan juga bukan jawapannya. Ini adalah sama seperti anda bermain kejar-kejaran dalam satu bulatan yang tidak ada arah nak dituju!

Tidak kira sehebat mana pun sesuatu progam buat duit itu, anda perlulah berkerja keras untuk menjayakannya. Contoh yang paling mudah, ialah dengan menulis artikel untuk publisiti online anda. Menulis artikel adalah kaedah yang paling mudah dan amat berkesan untuk membawa trafik berkualiti kepada laman web anda secara jangka masa panjang. Tetapi persoalannya berapa ramaikah yang ada melakukannya? Saya amat pasti tidak banyak yang membuatnya.

Penyelesaian untuk anda supaya lebih fokus sewaktu online:

Lihat dan pilih SATU program yang sesuai untuk anda yang ingin anda usahakan. Selepas itu, pastikan anda S-E-T-I-A kepada program yang telah anda pilih awal tadi. Selepas itu buat perancangan yang teliti untuk anda menjayakan program itu. Jangan sesekali anda melihat program lain dan seterusnya melompat terus masuk kepada program yang baru itu. Beri komitment penuh 100% kepada perancangan yang telah anda aturkan dan selesaikan segala yang telah anda rancang sejak awal lagi. Buat sehingga ianya berjaya tak kira betapa bosannya perkerjaan tersebut.

Dapatkan gambaran besar tentang perancangan anda dan bahagikannya kepada bahagian yang lebih kecil supaya anda lebih senang memantau dan juga melengkapkannya satu per satu. Selain itu juga, anda perlulah bersabar kerana setiap yang anda usahakan akan memerlukan masa sebelum anda dapat melihatkan hasilnya. Ingat tidak cerita kanak-kanak tentang kura-kura dan arnab? Ada teladan yang boleh anda pelajari dari sana.

"Jika anda dapat melakukan sesuatu dengan penuh bersemangat dan dengan keghairahan anda tentu sekali tidak akan merasa bosan atau mengeluh dengan sebarang cabaran malah anda akan terus bertenaga untuk maju ke depan. Ini kerana dengan adanya keghairahan dalam membuat sesuatu ianya boleh membawa anda terus bermotivasi tanpa mengira apa-apa cabaran pun yang melanda anda. Cara untuk mencari keghairahan adalah dengan mencari seberapa banyak sebab yang kuat kenapa anda ingin belajar serta membangunkan perniagaan internet anda. Adakah kerana anda inginkan kebebasan kewangan dan apa ia dapat memberi anda? atau semata-mata kerana keluarga tercinta anda? atau anda ingin menjadi antara perniaga internet yang terhebat di negara ini? Carilah sebab-sebab anda sendiri yang boleh memberi impak kepada emosi anda!"


Petua Buat Duit, Cari Duit Internet # 2
Aset yang paling berharga yang perlu anda miliki tidak kira dalam perniagaan apa sekali pun ialah pangkalan data (database). Ini termasuklah perniagaan online dan offline.

Di dalam dunia perniagaan internet, aset ini disebut 'senarai opt-in (nama)' atau opt-in list. Secara ringkasnya 'senarai opt-in' ini terdiri daripada senarai nama orang yang berminat dengan produk atau servis yang anda tawarkan. Cara bagaimana senarai dapat dikumpul ialah dengan menggunakan laman web yang membolehkan pelawat memberi nama dan alamat emel mereka kepada anda.

Kebanyakan berpendapat bahawa nama yang ada terdapat dalam senarai opt-in ini adalah prospek ataupun pelanggan mereka. Kenyataan ini ada yang benar dan salahnya. Biar saya terangkan kepada anda.

Tanpa list amat susah untuk anda berjaya dalam perniagaan internet, kerana list adalah punca pendapatan anda sebenarnya. Perhatikan mana-mana perniagaan internet tidak kira yang tempatan ataupun luar negara, setiap mereka PASTI akan mengambil senarai nama dan emel dari pelawat laman web anda. Tidakkah anda perasan tentang ini?

Saya ingin bertanya kepada anda, pernahkah anda mendengar kenyataan seperti ini "LIST = DUIT" atau "LIST = LUBUK EMAS"?. Kenyataan tersebut adalah benar sama sekali tetapi dengan syarat anda tahu bagaimana untuk berkomunikasi secara efektif dengan senarai anda.

Jika anda mempunyai list, ianya tidaklah terus akan memberi manfaat kepada anda kerana anda perlulah mengetahui bagaimana tindak balas mereka terhadap anda. Jika anda sudah tahu tentang ini, anda akan mudah merancang bagaimana untuk membuat mereka membeli apa-apa tawaran daripada anda.

Persoalan yang perlu anda fikir adalah: Adakah mereka mempercayai anda? Adakah mereka respon kepada emel yang anda hantarkan? Dan bagaimanakah respon anda terhadap mereka?

Seberapa banyak pun nama yang terdapat dalam list anda, tetapi jika ianya tidak berkualiti, ianya tidak akan membawa apa-apa keuntungan kepada anda. Senarai yang mempunyai 500,000 Opt-in mungkin tidak sehebat senarai yang cuma ada 500 Opt-In yang sentiasa membaca emel yang anda hantar dan memberi respon yang positif. Apa gunanya senarai yang mempunyai 500,000 jumlah Opt-In jika mereka langsung tidak membuka emel anda? Fikirkanlah...


Khamis, 24 Januari 2008

Tips Promosi Program Menjana Pendapatan

3 Rahsia Kejayaan Pemasaran Internet : PROMOSI!! PROMOSI!! PROMOSI!!

Sebagai tambahan, anda bolehlah iklankan PROGRAM MENJANA PENDAPATAN anda melalui internet melalui website di bawah :

PENTING : Dalam perniagaan ini, ANDA perlu pastikan DOWNLINE anda BERJAYA untuk anda berjaya. Oleh itu, bantulah mereka promosikan perniagaan mereka seperti mana anda lakukan untuk anda.

DIGALAKKAN: Promosi Cara Terbaik Adalah Menggunakan Servis Dari Google Adwords. Kenapa Google Adwords? Ianya Boleh Memberi Pelawat Internet Yang Cepat kepada anda (kurang 10 minit) dan paling penting ianya memberi pelawat yang menginginkan produk/servis yang ditawarkan oleh anda!

Sumber-sumber pengiklanan yang lain (percuma & berbayar)

1. Ruangan iklan

www.cari.com.my/classified/ads
www.adpost.com/my/classified_ads
www.lelong.com.my
www.iklaniaga.com
www.bincangniaga.com
www.iklan101.com
www.freeiklan.com
www.iklanpercuma.com
www.bestiklan.com
www.infoperdana.com
www.freeiklanpercuma.com
advertise.eziklan.com


2. Ruangan forum komuniti :

www.mymesra.com.my
www.mesra.net
www.bincang.net
www.melayu.com/sembang2
www.melayu-trade.com
www.bantuniaga.com
http://www.virtualfriends.net


3. Tambah URL ( add URL ) dalam search engine/blogdir/web portal :

www.searchmalaysia.com
www.cari.com.my
www.mesra.net
www.mybizchannel.com
www.newmalaysia.com
www.malaysiadirectory.com
Blog Flux Pinger - reliable ping service.
Blog Directory & Search engine
Business blogs
blogarama - the blog directory
Finance

4. Tambah URL ( add URL ) ke Search Engine Auto-Submitter :

www.google.com/addurl.html
www.submit-away.com/auto-submit.htm
www.submittoall.net
www.submitexpress.com
http://www.blogcatalog.com/directory/entrepreneurship
Blog Directory
Blog Directory
WebLog Directory
BloggerNow.com




Anda juga boleh gunakan lain-lain URL address yang lebih pendek & bersesuaian :

www.tinyurl.com
www.cjb.net
www.qn.com
www.shortURL.com
www.v3.com

Isnin, 7 Januari 2008

7 sebab kenapa cara hidup peniaga internet amat bergaya sekali! Siri #2

Dibawah adalah lanjutan kepada artikel yang sebelum ini mengenai gaya hidup sebagai peniaga internet! Selamat membaca!

1. Berkerja dimana-mana saja!
Mempunyai perniagaan internet anda sendiri membenarkan anda untuk bekerja dimana-mana sahaja yang anda inginkan. Tidak kira anda dirumah atau melancong dengan keluarga , perniagaan intenet anda tetap akan menjana duit terus kedalam akaun kewangan (paypal, egold, clickbank, maybank, dbs dll.) anda 24 jam sehari!

2. Bangun bila anda mahu!
Tidak terikat dengan waktu kerana apabila anda sudah mempunyai pendapatan tetap melalui perniagaan internet anda, anda tidak perlu lagi untuk bangun jam 6, 7, atau 8 pagi setiap hari. Ini kerana duit anda pun boleh terus menjana pendapatan untuk anda walaupun sewaktu anda sedang tidur!

3. Tidak perlu orang untuk digajikan!
Perniagaan internet memang bagus sekali kerana tidak perlu melibatkan banyak orang (dan kos!) seperti perniagaan konvensional yang lain. In kerana laman web andalah pekerja anda yang sebenarnya, bekerja tanpa henti 24 jam sehari!

4. Tiada lot kedai perlu anda sewa!
Memang bagus sekali kerana anda juga tidak pelu untuk menyewa lot kedai untuk perniagaan internet anda. Seluruh perniagaan anda bergantung sepenuhnya kepada laman web anda, cuma anda perlu membayar sewa web hosting yang teramat murah harganya, ada yang serendah RM20 setahun! Carilah kedai mana yang boleh memberikan sewa RM20 setahun untuk anda menjalankan apa-apa perniagaan!

5. Kebebasan - Perniagaan anda beroperasi 100% automatik!
Wah! Ini adalah sistem menjana duit yang terbaik. Setelah anda sudah membangunkan perniagaan anda dan ianya sudah menjana pendapatan tetap untuk anda, apa yang perlu anda lakukan anda menunggu duit masuk dan membuat sedikit kerja-kerja membaikpulih . Ini dapat berlaku oleh kerana webhosting untuk laman web anda akan beroperasi selama 24 jam tanpa henti, dan ini bermaksud perniagaan anda juga tidak pernah berhenti! Itu adalah satu sebabnya kenapa perniagaan internet dapat menjana wang sewaktu anda sedang tidur! :)

6. Bina empayar perniagaan anda sendiri!
Seperti Donald Trump yang mempunyai empayar perniagaannya dalam bidang hartanah, anda pun dapat membina empayar "hartanah internet" anda! Ini kerana jika anda dapat membuat perniagaan anda menjana pendapatan 100% secara automatik untuk anda, ada bolehlah beralih untuk membina perniagaan internet yang lain pula. Dengan modal dan masa yang minima untuk memulakannya, anda akan secara tidak sedar mempunyai banyak jaringan perniagaan internet yang terus menerus menjana wang untuk anda tanpa henti.

7. 'Budak baru' pun BOLEH BUAT!
Walaupun jika anda baru menjejak kaki ke bidang perniagaan intenet, percayalah ianya sentiasa peluang yang paling baik untuk menjana duit dengan cara yang mudah, ringkas dan pantas! Apa yang perlu anda miliki adalah ILMU tentang perniagaan internet dan yang paling penting sekali, GUNAKAN ilmu tersebut!!

Kemaskini : 2hb Mac 2008

7 sebab kenapa cara hidup peniaga internet amat bergaya sekali! Siri #1

Ianya tidak kira jika anda ingin menjadikan perniagaan internet anda sebagai kerja sampingan atau sebagai kerja sepenuh masa! Ini kerana berkerja di rumah dan menjana pendapatan dari perniagaan internet adalah amat santai sekali jika anda dapat mengaturkan jadual masa anda untuk mencapai sasaran kerja harian anda. Jika anda sudah menampak hasil dari kerja keras anda dalam permasaran untuk perniagaan internet anda, anda sudah tentu akan dapat merasai kejayaan semakin berkembang dan yang paling penting iaitu kebebasan masa dan juga kebebasan kewangan yang dicari-cari oleh semua orang. Di bawah adalah senarai ringkas apabila anda hidup cara sebenar seseorang yang memiliki perniagaan internet.

1. Berkerja dimana-mana saja anda mahu!
2. Bangun tidur pada bila-bila saja anda mahu!
3. Tiada pembayar gaji pekerja!
4. Tiada lot kedai perlu anda sewa!
5. Kebebasan - Perniagaan anda beroperasi 100% secara automatik!
6. Bina empayar perniagaan anda sendiri!
7. 'Budak baru' pun BOLEH BUAT!

Ahad, 6 Januari 2008

Selamat datang ke Buat Duit Lebih dari Internet

Selamat datang sekali lagi. Terima kasih kerana sudi menjejak langkah anda ke laman blog ini! Dijamin padat dengan info2 yang boleh membantu membina kewangan anda!

Di sini anda akan mendapat segala maklumat percuma bagi anda yang ingin menjana pendapatan melalui internet, mencari duit lebih, peluang perniagaan intenet dan peluang berkerja dari rumah tak lupa juga duit saku lebih/kerja-kerja sambilan bagi para pelajar ipt/ipta. Blog ini adalah sesuai bagi sesiapa sahaja yang ingin mencari bisnis internet untuk membina kekayaan anda!

Teruskan untuk selalu melawat laman blog ini untuk maklumat-maklumat yang menarik dan disini juga akan didedahkan dengan teknik rahsia jutawan internet membina kekayaan mereka hanya menggunakan komputer dan sambuangan internet dirumah!

Sama-sama membina kejayaan dengan hanya duduk dirumah berdepan dengan komputer anda! InsyaAllah!