Sabtu, 16 Februari 2008

7 petua tradisional buat duit, cari duit dari internet (Siri 1 - 2)

"Bagi Mengecapi Kejayaan Jangka Masa Panjang Untuk Diri Anda,
Perniagaan Internet...serta Kehidupan Anda..!"

7 Petua Tradisional Buat Duit, Cari Duit Dari Internet!

Saya merasakan adalah teramat penting untuk saya memberitahu kepada anda petua-petua sebelum anda ingin memulakan perniagaan internet yang luar biasa ini.

Petua-petua ini mungkin pada pandangan anda adalah teramat mudah untuk dibaca dan difahami tetapi ia merupakan perkara yang banyak diambil ringan oleh kebanyakkan mereka yang baru menceburi diri dalam bidang perniagaan internet.

Jika anda dapat memerapkan nilai-nilai yang terdapat dalam petua-petua ini dengan tegas ke atas diri anda, anda lihatlah sendiri hasilnya kerana saya amat pasti ianya akan membawa banyak kesan positif kepada diri serta perniagaan internet anda!

Petua Buat Duit, Cari Duit Internet # 1
Jika anda ingin memulakan serta memantapkan perniagaan internet anda, anda memerlukan satu 'kemahiran' yang teramat penting iaitu - FOKUS!

Kebanyakan orang mempunyai masalah untuk fokus menyiapkan sesuatu urusan mereka - saya sendiri tidak terkecuali! Fakta yang benar untuk kenyataan ini adalah; kita perlu fokus dalam sesuatu pekerjaan kerana ini adalah ramuan yang berulang kali terbukti bagi mengecapi kejayaan. MASALAH PALING UTAMA yang menjadi penyebab kenapa banyak perniagaan internet yang dilakukan seseorang itu tidak berjaya adalah kerana:

...setiap hari di dalam arena internet anda tentu sekali bertembung dengan banyak peluang perniagaan atau pun program penjana pendapatan! Inilah masalahnya kerana kebanyakkan kita apabila melihat satu peluang tersebut kita akan segera memikirkan bahawa "inilah jawapannya" lihat yang baru lagi seminggu selepas itu anda akan berkata "wow..inilah jawapannya, inilah cara buat duit yang terbaik" . Tambahan lagi kepada mereka yang berharap untuk mendapat jalan pintas selalu beranggapan mereka tidak perlu melakukan apa-apa perkara untuk mendapat hasil, dan tidak kurang juga yang tidak sabar dalam melakukan sesuatu. Biar saya tekankan disini - Ini bukanlah caranya dan juga bukan jawapannya. Ini adalah sama seperti anda bermain kejar-kejaran dalam satu bulatan yang tidak ada arah nak dituju!

Tidak kira sehebat mana pun sesuatu progam buat duit itu, anda perlulah berkerja keras untuk menjayakannya. Contoh yang paling mudah, ialah dengan menulis artikel untuk publisiti online anda. Menulis artikel adalah kaedah yang paling mudah dan amat berkesan untuk membawa trafik berkualiti kepada laman web anda secara jangka masa panjang. Tetapi persoalannya berapa ramaikah yang ada melakukannya? Saya amat pasti tidak banyak yang membuatnya.

Penyelesaian untuk anda supaya lebih fokus sewaktu online:

Lihat dan pilih SATU program yang sesuai untuk anda yang ingin anda usahakan. Selepas itu, pastikan anda S-E-T-I-A kepada program yang telah anda pilih awal tadi. Selepas itu buat perancangan yang teliti untuk anda menjayakan program itu. Jangan sesekali anda melihat program lain dan seterusnya melompat terus masuk kepada program yang baru itu. Beri komitment penuh 100% kepada perancangan yang telah anda aturkan dan selesaikan segala yang telah anda rancang sejak awal lagi. Buat sehingga ianya berjaya tak kira betapa bosannya perkerjaan tersebut.

Dapatkan gambaran besar tentang perancangan anda dan bahagikannya kepada bahagian yang lebih kecil supaya anda lebih senang memantau dan juga melengkapkannya satu per satu. Selain itu juga, anda perlulah bersabar kerana setiap yang anda usahakan akan memerlukan masa sebelum anda dapat melihatkan hasilnya. Ingat tidak cerita kanak-kanak tentang kura-kura dan arnab? Ada teladan yang boleh anda pelajari dari sana.

"Jika anda dapat melakukan sesuatu dengan penuh bersemangat dan dengan keghairahan anda tentu sekali tidak akan merasa bosan atau mengeluh dengan sebarang cabaran malah anda akan terus bertenaga untuk maju ke depan. Ini kerana dengan adanya keghairahan dalam membuat sesuatu ianya boleh membawa anda terus bermotivasi tanpa mengira apa-apa cabaran pun yang melanda anda. Cara untuk mencari keghairahan adalah dengan mencari seberapa banyak sebab yang kuat kenapa anda ingin belajar serta membangunkan perniagaan internet anda. Adakah kerana anda inginkan kebebasan kewangan dan apa ia dapat memberi anda? atau semata-mata kerana keluarga tercinta anda? atau anda ingin menjadi antara perniaga internet yang terhebat di negara ini? Carilah sebab-sebab anda sendiri yang boleh memberi impak kepada emosi anda!"


Petua Buat Duit, Cari Duit Internet # 2
Aset yang paling berharga yang perlu anda miliki tidak kira dalam perniagaan apa sekali pun ialah pangkalan data (database). Ini termasuklah perniagaan online dan offline.

Di dalam dunia perniagaan internet, aset ini disebut 'senarai opt-in (nama)' atau opt-in list. Secara ringkasnya 'senarai opt-in' ini terdiri daripada senarai nama orang yang berminat dengan produk atau servis yang anda tawarkan. Cara bagaimana senarai dapat dikumpul ialah dengan menggunakan laman web yang membolehkan pelawat memberi nama dan alamat emel mereka kepada anda.

Kebanyakan berpendapat bahawa nama yang ada terdapat dalam senarai opt-in ini adalah prospek ataupun pelanggan mereka. Kenyataan ini ada yang benar dan salahnya. Biar saya terangkan kepada anda.

Tanpa list amat susah untuk anda berjaya dalam perniagaan internet, kerana list adalah punca pendapatan anda sebenarnya. Perhatikan mana-mana perniagaan internet tidak kira yang tempatan ataupun luar negara, setiap mereka PASTI akan mengambil senarai nama dan emel dari pelawat laman web anda. Tidakkah anda perasan tentang ini?

Saya ingin bertanya kepada anda, pernahkah anda mendengar kenyataan seperti ini "LIST = DUIT" atau "LIST = LUBUK EMAS"?. Kenyataan tersebut adalah benar sama sekali tetapi dengan syarat anda tahu bagaimana untuk berkomunikasi secara efektif dengan senarai anda.

Jika anda mempunyai list, ianya tidaklah terus akan memberi manfaat kepada anda kerana anda perlulah mengetahui bagaimana tindak balas mereka terhadap anda. Jika anda sudah tahu tentang ini, anda akan mudah merancang bagaimana untuk membuat mereka membeli apa-apa tawaran daripada anda.

Persoalan yang perlu anda fikir adalah: Adakah mereka mempercayai anda? Adakah mereka respon kepada emel yang anda hantarkan? Dan bagaimanakah respon anda terhadap mereka?

Seberapa banyak pun nama yang terdapat dalam list anda, tetapi jika ianya tidak berkualiti, ianya tidak akan membawa apa-apa keuntungan kepada anda. Senarai yang mempunyai 500,000 Opt-in mungkin tidak sehebat senarai yang cuma ada 500 Opt-In yang sentiasa membaca emel yang anda hantar dan memberi respon yang positif. Apa gunanya senarai yang mempunyai 500,000 jumlah Opt-In jika mereka langsung tidak membuka emel anda? Fikirkanlah...


Tiada ulasan: