Petua Buat Duit, Cari Duit Internet #5
Penyebab No. 1 kegagalan selalunya berpunca daripada sifat PENANGGUHAN, walaupun begitu punca asal penangguhan bukanlah sikap malas tetapi lebih kepada sifat kepercayaan dan juga keyakinan pada diri.
Saya percaya seseorang akan melakukan sesuatu dengan bersungguh-sungguh jika mereka tahu hasil yang mereka akan dapat jika mereka melakukannya. Kebanyakan kita tidak dapat melakukan sesuatu itu dengan sempurna kerana kita takut untuk gagal.
Ini adalah satu masalah yang besar dan amat sukar untuk dihadapi tetapi tidak ada pilihan lain untuk berjaya kecuali merempuh cabaran tersebut. Anda hendaklah cuba untuk menangani segala fikiran yang negatif dan juga alasan yang menangguhkan kerja-kerja ke arah imipan anda. Untuk menghadapi ini, saya ada satu falsafah yang saya selalu pegang:
"Jika saya tidak melakukan perkara ini, saya tidak akan mendapat apa yang saya impikan dan saya akan menyesal oleh kerananya, tambahan lagi jika ada orang yang berjaya melakukan apa yang saya sepatutnya lakukan lebih awal lagi. Jika saya melakukannya, ada harapan serta peluang terbuka untuk saya berjaya dan yang paling penting saya tidak akan menyesal kerana saya telah melaksanakannya."
Lagipun apa yang anda rugi jika anda melakukannya? Adakah anda kerugian masa, tenaga atau wang ringgit? Berusaha untuk mencapai impian anda selama ini tidak akan mendatangkan apa-apa kerugian sebaliknya anda lebih beruntung sebenarnya.
Anda harus berkorban untuk berjaya. Sikap seperti inilah yang patut dimiliki oleh setiap orang yang mengelarkan diri mereka sebagai usahawan, tidak kira anda menjalankan perniagaan internet ataupun tidak. Teruskanlah usaha anda untuk mencapai impian yang anda inginkan, buat perancangan, buat kajian, dan sentiasa teruskan usaha sehingga berjaya.
Jika anda sudah mula melihat HASIL dari usaha yang anda tanamkan selama ini, anda mungkin akan ketawa dengan diri anda mengenang kembali sewaktu detik awal anda masih lagi berasa takut untuk gagal! Kerana anda sudah tahu, Takut Gagal Bermaksud Takut Untuk Berjaya!
Membina kejayaan selepas itu akan menjadi mudah untuk anda kerana anda sudah amat yakin dengan diri anda sendiri, dan anda berasa bangga dengan setiap usaha yang anda buat.
Secara keseluruhannya, apa yang perlu anda ingat ialah; untuk berjaya anda mesti berfikiran positif dan sentiasa berlangkah tanpa henti sehinggalah anda sampai ke 'destinasi impian' anda. Sekurang-kurangnya cubalah untuk membuat yang terbaik, percaya kepada diri kerana kejayaan bergantung sepenuhnya kepada MINDA anda!
Yakinlah apa-apa saja yang anda impikan sedang menunggu di hujung usaha anda itu, jadi teruskanlah melangkah! Tiada siapa yang dapat mengambilnya kecuali diri anda sendiri!
Petua Buat Duit, Cari Duit Internet #6
Ada dua perkataan penting yang mesti anda patuhi tidak kira dalam perniagaan atau hal peribadi anda, iaitu BELAJAR dan BERTINDAK.
Percaya atau tidak formula untuk anda membina kekayaan adalah begitu mudah sekali. Iaitu pertama, anda mesti TAHU bagaimana dan kedua, anda MESTI melakukannya. Sungguhpun begitu ringkas formula ini, banyak yang sukar mengikutinya.
Biar saya berterus-terang kepada anda, jika anda mempunyai ilmu yang terhebat sekali pun dalam alam ini, jika anda tidak menggunakannya ia tidak akan memberi apa-apa nilai pun untuk anda.
Tidak kira seberapa banyak pun buku yang anda baca, seminar yang anda hadiri, atau seberapa banyak pun orang yang anda kenal tetapi jika anda tidak mahu belajar dan menggunakan sumber-sumber ini dengan baik, anda tidak mungkin akan maju ke depan serta meningkatkan diri anda.
Contoh yang paling mudah; ini terjadi kepada banyak orang termasuklah saya sendiri - Pernahkan anda membeli produk maklumat digital seperti ebook dan apa yang terjadi sekarang ialah ebook itu tersadai di dalam harddisk komputer anda begitu sahaja?
Arah tujuan anda mungkin berbeza jika anda mengambil langkah untuk membaca ebook tersebut dengan teliti, mencatat nota penting sewaktu membacanya dan benar-benar belajar sesuatu dari ebook tersebut. Saya tidak suka untuk menyatakan ini tetapi saya perlu juga untuk mengatakannya; kerana selalu sangat orang menyalahkan produk kerana kegagalan mereka. Siapa yang patut dipersalahkan bukanlah produk-produk itu, tetapi diri orang itu sendiri!
(memang tidak diragui ada produk maklumat yang bercakap kosong sahaja tetapi anggaplah apa yang kita bincangkan disini merupakan produk yang benar-benar produk yang baik dan berkesan)
Pada masa yang sama, apa yang paling penting yang patut anda lakukan ialah BERTINDAK terus menggunakan ilmu yang baru anda perolehi. Contohnya anda mungkin telah menemui strategi baru untuk meningkatkan pendapatan perniagaan internet anda melalui Google Adwords. Tetapi mana mungkin anda tahu yang strategi itu berkesan atau tidak sedangkan anda belum lagi mencubanya pun? Fikirkanlah...
Belajar dan Bertindak, Bertindak dan Belajar pula...begitulah putarannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan