Sabtu, 30 Ogos 2008

Konsep Pemasaran Unggul

Hari ini saya akan berkongsi dengan anda satu konsep pemasaran yang akan memberi hasil yang amat memberangsangkan ke atas perniagaan anda. Ini kerana kebanyakan perniagaan terutama sekali perniagaan berskala kecil dan sederhana banyak mengendahkan bahagian pemasaran yang merupakan faktor penting untuk kejayaan perniagaan mereka.

Seperti yang anda tahu, faktor pemasaran adalah amat penting di dalam mana-mana perniagaan pun, tidak kiralah apa pun produk atau servis yang dipasarkan. Ini kerana semua perniagaan adalah termasuk dalam golongan 'perniagaan pemasaran'. Tanpa pemasaran, promosi dan juga pengiklanan tiadalah makna sesuatu perniagaan tersebut.

Jadi, seterusnya mari kita lihat apa yang dikatakan dengan Konsep Pemasaran Unggul.

Perniagaan Hasil Dari Keghairahan Anda
Pernahkah anda bertanya kepada diri anda sendiri apakah minat anda yang sebenar? Dalam mana-mana perniagaan terdapat banyak ahli perniagaan yang membuat duit dan keuntungan dari perniagaan yang mereka sendiri tidak minat sebenarnya. Ini kerana mereka berniaga hanya kerana sekadar berniaga dan untuk membuat duit semata-mata. Ini tidak salah tetapi ianya tidak memberi kepuasan dan mungkin hanya bertahan untuk masa yang sementara sahaja. Dengan memiliki perniagaan yang anda minati ianya membuatkan anda merasa seperti tidak bekerja kerana setiap hari anda melakukan perkara yang anda amat cintai. Mungkin hari ini anda boleh fikirkan satu perniagaan yang anda minat yang boleh mendorong anda untuk benar-benar melakukannya

Mencari pasaran niche anda sendiri
Sebelum anda ingin memasarkan sesuatu produk atau servis, adalah lebih baik anda mengkaji terlebih dahulu pasarannya. Ini adalah amat penting kerana anda perlulah mengenal pasti dimana pelanggan anda dan masalah yang mereka hadapi. Dengan membuat kajian pasaran seperti itu, anda akan lebih mudah untuk membina produk dan servis yang amat diperlukan oleh bakal pelanggan anda. Menggunakan konsep ini juga akan dapat mengurangkan risiko dan sekaligus memberi keuntungan yang maksimum.


Tiada ulasan: