Sabtu, 17 Januari 2009

Buat Duit Dari Blog

Buat Duit Dari Blog

Adakah anda seorang yang suka menulis? Jika begitu, menulis blog adalah satu model perniagaan yang amat menguntungkan untuk anda!

Kunci kejayaan untuk model ini adalah, blog yang ditulis mesti mempunyai maklumat yang berkualiti, menepati kehendak pembaca. Blog itu juga perlu memiliki ciri-ciri menjana wang untuk anda seperti Google Adsense serta beberapa produk affiliate yang berkaitan dengan topik blog anda.

Kalau anda perhati blog-blog yang sukses, punca kejayaan mereka adalah 100% menggunakan kandungan penulisan yang berkualiti dan yang sentiasa dikemas kini. Dengan cara ini, blog tersebut akan mendapat kedudukan yang tinggi dalam index enjin pencarian seperti Google kerana kandungan blog yang relevan serta berkualiti.

Kebaikan menulis blog adalah,

· anda boleh mendapat trafik percuma dari Google

· apabila anda mendapat banyak trafik dari Google, adalah mudah untuk menjana wang dari blog tidak kira dari Adsense atau penjualan produk affiliate anda

· iklan Adsense anda akan menjadi lebih relevan dan menyumbang kepada banyak klik untuk anda, banyak klik bermaksud semakin bertambahlah wang Adsense anda (*iklan Adsense akan keluar mengikut kandungan blog anda, semakin relevan iklan dalam blog anda adalah semakin baik)

Jenis Blog Yang Boleh Membawa Untung

Anda boleh memulakan blog dengan apa-apa saja topik yang anda mahu. Tetapi sebaik-baiknya anda pilihlah pasaran skop kecil (niche) yang mempunyai produk affiliate yang berkaitan dengan topik blog ataupun iklan Adsense yang memberi pendapatan klik yang tinggi.

Sekarang ini, blog yang popular menjadi bahan bacaan pengguna internet adalah yang berkaitan dengan permasaran internet, alatan atau penemuan teknologi terbaru dan juga politik. Blog yang berkaitan dengan musik dan seni juga menjadi tarikan ramai pengguna internet.

Kalau anda perhatikan blog sebegini, mereka selalunya akan menyalurkan maklumat berita, artikel panduan, review dan juga dalam bentuk pendapat sendiri. Mari kita lihat dengan lebih dekat lagi jenis-jenis blog yang boleh membawa keuntungan kepada anda...

Blog Mengulas Tentang Produk

Blog seperti www.gizmodo.com dan www.thegadgetblog.com adalah contoh blog yang sukses. Penulisan mereka hanyalah tertumpu kepada ulasan produk.

Blog seperti ini membuat ulasan dan berita tentang produk-produk yang terbaru yang ada di pasaran. Mereka menggunakan iklan Adsense dan juga beberapa produk affiliate sebagai sumber pendapatan.

Jika anda ingin membuat blog sebegini, saya mencadangkan supaya anda fokus terhadap topik anda. Contohnya blog yang hanya berbincang tentang kamera digital terbaru, permain mp3 terbaru ataupun telefon bimbit terhebat. Untuk blog sebegini, pembaca lebih suka gaya penulisan yang padat dengan maklumat serta ala-ala berita.

Penulisan blog tidak terhad kepada produk fizikal sahaja, kerana anda juga boleh menulis tentang perisian komputer terbaru, produk maklumat (e-book) terbaru, muzik dan sebagainya. Membuat ulasan tentang produk sebegini adalah lebih murah dan lebih mudah untuk di akses daripada yang awal tadi.

Contohnya, jika anda membuat ulasan tentang produk perisian komputer, anda boleh memuat turun 'trail' untuk perisian tersebut secara percuma di laman web tertentu perisian komputer dan boleh terus membuat ulasan anda untuk perisian itu. Jika anda berminat untuk menulis blog tentang perisian komputer, sekali lagi cubalah untuk fokus ke skop yang kecil tetapi tetap menguntungkan contohnya seperti 'perisian penyunting gambar'

Blog Informatif

Blog yang padat dengan informasi lebih cenderung menggunakan pendekatan ala-ala berita dan juga artikel panduan. Kebanyakan blog berkaitan dengan pemasaran internet selalunya tergolong di dalam kategori ini.

Sekiranya anda ingin membuat blog seperti ini, anggaplah artikel sebagai produk utama anda.

Punca pendapatan anda melalui blog sebegini adalah agak 'sulit' kerana ianya lebih banyak ditempiasi oleh maklumat yang berkualiti. Maksud sulit di sini adalah, apabila anda memberi maklumat yang berkualiti anda bolehlah menyelitkan link affiliate yang berkaitan dengan topik yang dibincangkan ke dalam blog.

Contohnya, jika anda menulis artikel tentang membina laman web atau blog, anda boleh menyelitkan link affiliate anda di dalam artikel yang sama. Anda juga boleh mencuba untuk meletakkan punca pendapatan yang lain di dalam blog anda, seperti Adsense, iklan affiliate dan lain-lain.

Sekarang anda telah menyiapkan satu blog yang mempunyai maklumat yang dikehendaki ramai pengguna internet, tentu sahaja banyak yang ingin membacanya. Untuk memantapkan lagi kunjungan ke blog anda, cuba anda perhatikan 4 cara di bawah ini, dengannya anda mampu mendapatkan pembaca setia yang akan sentiasa melawat blog anda.

· Sindiket kandungan blog anda. Sekarang banyak perisian dan juga servis web yang dapat membantu anda sindiket artikel kandungan blog anda secara automatik..

· Kumpul pelanggan. Buat senarai opt-in (nama) supaya pembaca dapat melanggan blog anda sekiranya anda kandungan atau artikel baru yang diterbitkan.

· Kerjasama link. Cuba dapatkan link blog yang berkaitan dengan blog anda. Anda boleh bertukar link dengan pemilik blog yang lain untuk menambah trafik dan paras blog anda di enjin pencarian.

· Menganjurkan pertandingan dan promosi. Dengan cara ini, ada akan dapat menyebarkan tentang blog anda dengan cepat sekali. Fikirkan idea yang kreatif untuk menggunakan kaedah ini.

Blog Affiliate Automatik

Cara ini adalah jalan pintas bagi mereka yang malas nak menulis dan membuat kandungan blog. Ini kerana, sekarang ada banyak perisian yang boleh menulis ataupun mencari artikel untuk anda menggunakan kata kunci (keyword) yang anda kehendaki. Selepas kandungan blog anda siap, anda bolehlah meletakkan iklan Adsense atau produk affiliate yang berkaitan.

Cara begini tidak perlu memerah otak bagi membuat kandungan blog, dan apa yang perlu anda fokus adalah membawa seberapa banyak trafik ke blog anda.

Sungguh pun begitu, saya tidak menggalakkan jenis blog sebegini kerana enjin pencarian seperti Google mungkin akan mendefinisikan blog anda sebagai spam dan kemungkinan boleh disekat dai memasuki senarai index pencarian mereka.

Penyelesaian ialah - meletakkan sedikit hasil penulisan anda, supaya blog anda bukanlah 100% blog yang dibuat secara automatik dan ia akan dikesan sebagai blog buatan manusia.

Buat Duit Dari Blog oleh www.empayarcyber.net

Tiada ulasan: