Sabtu, 17 Januari 2009

Buat Duit Melalui Freelance

Buat Duit Melalui Freelance

Mungkin ada dikalangan anda tidak tahu apa itu freelance. Freelance bermaksud bekerja secara bebas, atau bekerja sendiri tanpa terikat dengan mana-mana syarikat atau kontrak kerja.

Jadi bagaimana freelance boleh membuat duit untuk anda? Fikirkan ini: Bagaimanakah kiranya anda yang menjadi PRODUK?

Apa yang saya maksudkan di sini adalah anda 'menjual' diri anda dengan menggunakan kemahiran yang dimiliki. Jika anda mahir dalam mana-mana kemahiran seperti berikut...

· Pereka grafik

· Pereka laman web

· Penulisan perniagaan

· Penulisan surat jualan

· Atur cara perisian komputer

· Membuat kajian

· Menaip

· Menulis artikel

· Menyunting

...jadi anda boleh membuat perniagaan freelance anda sendiri!

Apa yang perlu anda lakukan ialah mempromosikan diri anda dan servis yang boleh anda lakukan. Ini kerana pasaran sekarang sedang mencari-cari orang yang berkebolehan seperti anda.

Saya berkata demikian kerana sekarang ada banyak peniaga-peniaga internet mencari sumber luar iaitu orang-orang seperti anda untuk bekerjasama dalam menghasilkan projek mereka. Mereka memerlukan anda untuk membuat produk baru untuk mereka dan juga mempercepatkan kerja-kerja yang ingin dilengkapkan. Kebanyakan yang menggunakan servis anda tidak ada masa untuk melakukannya, oleh sebab itulah servis anda diperlukan.

Cuba layari laman web berikut :http://www.elance.com/, http://www.rentacoder.com/, http://www.scriptlance.com/ dan www.guru.com.

Sama seperti anda menggunakan laman web tersebut di atas untuk mencari freelance untuk menyiapkan projek anda, ianya boleh digunakan untuk mencari projek yang anda boleh buat. Jika anda memperoleh pelanggan tetap, anda boleh mengharap pendapatan jangka masa yang panjang dari sana kerana pelanggan sebegitu akan terus bekerjasama sekiranya anda dapat memberi servis yang cepat dan baik..

Memasarkan Diri Serta Servis Anda.

Sekiranya anda masih baru dalam bidang ini, apa yang perlu difokuskan adalah mendapatkan senarai pelanggan. Untuk ini apa yang perlu anda lakukan adalah mempromosikan diri serta servis anda di laman web yang telah saya nyatakan awal tadi atau menyertai mana-mana forum, menggunakan iklan atau banner online dan juga servis pengiklanan Google Adwords. Dalam hal ini anda perlulah kreatif untuk menjana trafik yang mencari servis seperti yang anda tawarkan.

Tips Tambahan Menjadi Freelance Di Internet

Sememangnya perniagaan sebegini memang menguntungkan jika anda dapat membuat perancangan yang strategik. Tetapi selain itu juga, amat penting untuk anda menyiapkan projek-projek dalam masa yang telah ditetapkan kerana perniagaan freelance amat peka terhadap disiplin masa.

Jadi sebelum anda ingin memulakan perniagaan ini, sebaik-baiknya anda membuat beberapa kajian tentang pasaran untuk servis anda sendiri. Ini termasuklah harga upah untuk sesuatu servis serta permintaannya.

Selain itu, sebelum anda hendak memulakan projek dengan mana-mana pelanggan, pastikan anda tahu latar belakangnya, dan untuk transaksi pembayaran dinasihatkan supaya anda menggunakan servis escrow (http://www.escrow.com/) . Dengan kaedah pembayaran sebegini anda, akan cuma akan menerima pembayaran setelah projek pelanggan anda dihantar dengan sempurna. Tujuannya adalah untuk menjaga hak kedua-dua pihak daripada sebarang penipuan.



Buat Duit Melalui Freelance oleh www.empayarcyber.net

Tiada ulasan: