Sabtu, 17 Januari 2009

Buat Duit Dengan Mengubah Pengetahuan Anda Menjadi Tutorial Video

Buat Duit Dengan Mengubah Pengetahuan Anda Menjadi Tutorial Video

Jika anda pakar dalam sesuatu bidang, anda boleh membuat dan menjual produk yang tinggi nilai dan harganya!

Ini kerana sekarang ada banyak permintaan dalam pasaran skop kecil (niche) jika anda tahu mencarinya, seperti dalam kategori :

· Kesihatan badan dan Senaman

· Pembelajaran Komputer

· Pemasaran Internet

· Kesenian dan Muzik

· Sukan, Hobi dan Rekreasi

Cuba anda fikirkan kebarangkalian untuk orang yang ingin belajar tentang:

· Bagaimana untuk membuat website

· Bagaimana untuk bermain gitar

· Bagaimana untuk membuat grafik menggunakan Adobe Photoshop

· Bagaimana untuk menguruskan/membesarkan badan

· Bagaimana untuk bersilat atau karate

Memang benar setiap topik yang dinyatakan di atas boleh diajar dengan e-book, tetapi tidakkah anda fikir jika pembelajaran dalam bentuk video lebih menarik dan berkesan. Para pembeli dapat belajar dengan cara yang lebih mudah jika mereka tahu dengan lebih teliti tentang apa yang mereka belajar. Contohnya langkah yang perlu diambil, menu manakah yang patut di klik, di mana untuk meletakkan posisi badan anda dan sebagainya - umpama menghadiri kelas latihan yang sebenar!

Yang mana anda pilih? Membelek buku yang anda baca dan mencubanya atau hanya mendengar arahan sambil melihat pergerakan dalam bentuk visual? Secara logiknya, manusia lebih cenderung jika kesemua pancaindera digunakan sewaktu pembelajaran.

Untuk membuat tutorial video ada beberapa langkah yang perlu anda buat:

Cara Membuat Tutorial:

Ada 3 cara mudah yang boleh anda guna untuk membuat tutorial video, setiap kaedah adalah berbeza dan bergantung pada apa kandungan yang hendak dimuatkan ke dalam video anda:

Pertama, anda boleh menggunakan perisian komputer seperti Camtasia. Dengan perisian ini anda boleh merakam aktiviti yang dilakukan dalam komputer anda. Cara ini adalah amat sesuai jika anda membuat tutorial yang ada berkait dengan perisian komputer yang lain seperti Photoshop, Macromedia, MS Frontpage dan lain-lain.

Kedua, anda boleh mengupah pakar freelance yang boleh dijumpai secara online. Laman web seperti www.elance.com dan www.rentacoder.com menyediakan banyak freelance yang ingin bekerja dengan anda dan menyiapkan apa-apa saja projek untuk anda.

Ketiga, ada boleh mengupah videografi professional yang terdapat di kawasan anda sendiri. Dengan mengupah professional tempatan sebegini anda boleh mengharapkan sesuatu yang lebih berkualiti dari segi persembahan video anda. Mereka juga boleh menyunting video anda dengan menambahkan muzik , skrin splash dan banyak lagi.

Cara Membuat Pakej Produk Video Anda:

Selepas itu baru anda fikirkan cara untuk membuat pakej bagi produk video anda. Membuat pakej untuk tutorial video adalah lebih mudah dari membuat tutorial video itu sendiri. Anda boleh gunakan mana-mana kaedah berikut untuk mempakejkan dan menghantar produk video anda:

Pertama, anda boleh menghantar produk tutorial anda melalui email ataupun laman web. Kaedah ini adalah amat pantas bagi pembeli anda kerana mereka dapat memuat turun terus video anda setelah membuat pembayaran. Jika video anda bersaiz kecil maka cara ini amat sesuai.

Kedua, menyalin tutorial video anda ke dalam DVD. Membuat pakej sebegini adalah lebih baik dan meningkatkan lagi nilai produk tutorial video anda.

Cara Menjual Produk Tutorial Anda:

Sekarang di mana produk tersebut hendak dijual? Jawapannya: Di mana-mana sahaja! Setelah anda mempunyai produk yang lengkap anda boleh menjualnya di pelbagai saluran seperti.

· Anda boleh membuat laman web jualan sendiri

· Buat laman web keahlian

· eBay / Lelong

· Iklankan secara offline seperti majalah atau surat khabar

· Menyelitkan dengan produk lain

· Membuat progam affiliate anda sendiri

Kalau anda jual mengikut cara yang kedua iaitu membuat laman web keahlian, anda dapat membuatnya dengan konsep bayaran bulanan. Dengan cara ini anda dapat menambah video anda dari masa ke semasa selain mendapat pendapatan bulanan untuk jangka masa yang panjang!



Buat Duit Dengan Mengubah Pengetahuan Anda Menjadi Tutorial Video oleh http://www.empayarcyber.net

Tiada ulasan: